Pengalaman Bercuti Di Kampung

Aku tak selalu balik kampung aku di Johor, di sebabkan jauh mengambil masa 8 jam perjalanan. Aku balik pun masa hari raya aidilfitri, menziarah saudara-mara sakit atau pun bila ada kenduri kahwin. Aku akan balik kampung bersama keluarga aku. Dan selalunya aku balik sebelah pagi sampai sana petang. Jarang balik sebelah petang atau malam. Kampung aku di Bakri Batu 10 Muar, Johor (sebelah ayah) rumah perkampungan. Setiap kali balik kampung jumpa saudara-mara yang terdekat seperti di Jorak. Di rumah atok aku dulu tinggal atok lelaki, atok perempuan dan mak long aku. Sekarang tinggal mak long seorang sahaja. Atok aku yang lelaki, meninggal semasa aku darjah 2. Atok perempuan aku meninggal setahun yang lepas, tapi aku tak dapat balik masa tu aku mengikuti perkhemahan PAFID. Dulu, masa aku kanak-kanak sebelah rumah atok aku hutan dan ada membela ayam. Ingat lagi aku dan sepupu-sepupu aku selalu main kat kawasan tu. Kadang-kadang, aku ikut abang-abang saudara pergi memancing kat parit besar tak jauh dari rumah atok aku. Dulu pun kawasan tu hutan juga. Sekarang zaman dah berubah habis hutan di tarah buat rumah dan laluan kenderaan. Atok aku dah tak membela ayam lagi, dan hutan sebelah rumah atok aku bina rumah bapak saudara aku. Rumah atok aku tak jauh sangat dari Bandar Maharani Muar. Adalah dalam 10 minit perjalanan. Pagi-pagi aku selalu ikut ibu dan ayah pergi pasar untuk makan tengahari. Dekat sebelah pasar betul-betul ada sungai yang di panggil Sungai Muar. Lepas kami membeli barang-barang di dapur, kami akan singgah makan sate yang betul-betul depan stesen bas Muar. Memang  sedaplah sate situ, selalunya ramai orang makan situ. Tapi kampung sebelah ayah aku agak bosan juga, biasalah perkampungan kan. Rumah atok aku di Muar ni leceh sikit, jenis berkira contoh nak tengok TV sampai lewat malam pun tak bagi, tidur kena awal jam 10 dah kena tidur dan sebagainya. Manakala kampung aku di Batu Pahat, Johor (sebelah ibu) ada balik. Jarak perjalanan Muar dan Batu Pahat mengambil masa 1 jam. Rumah atok aku di Batu Pahat dekat tengah-tengah bandar Batu Pahat. Atok lelaki aku hampir setahun meninggal kerana sakit tua, pun aku tak dapat hadir kerana aku bekerja. Kebetulan masa nak balik kampung dalam keadaan kelam kabut setelah dapat berita atok meninggal. Atok lelaki aku bekas Imam surau taman, manakala atok perempuan aku mengajar anak-anak jiran mengaji. Masa kecil-kecil ada juga mengaji dengan atok aku. Atok lelaki dan atok perempuang aku sangat dikenali di taman perumahan atok aku. Sampai cucu pun orang taman kenal. Penah beberapa kali aku pergi kedai, atau ke mana-mana orang akan tanya "Ini cucu mak jah ya?" atau pun "Ini anak awa (ibu aku) kan?". Dulu Mak su aku tinggal dengan atok, sekarang tinggal atok aku sendirian. Tapi atok aku bernasib baik anak-anak (adik beradik ibu) ada yang duduk berdekatan dengan rumah atok. Senang, apa-apa hal ada mak saudara dan bapa saudara aku yang tengokkan. Kalau pembaca nak tau, kedai runcit Faiza yang terkenal dengan beras Faiza betul-betul dekat taman perumahan atok aku. Malah anak Faiza turut mengenali atok dan ibu aku. Aku sayang atok aku yang perempuan. Kadan-kadang pagi pun sama juga akan ke pasar Batu Pahat. Aku rasa Pasar Batu Pahat lagi best dari Pasar Muar. Sebab kat Pasar Batu Pahat ada macam jualan selain barangan basahan, ada jual tudung, baju kurung, tali pinggang, minyak wangi dan sebagainya. Kalau masa hari raya, ramai emak saudara dan bapa saudara aku yang balik jadi meriahlah rumah atok aku. Macam di Muar, ada yang balik tapi tak semua sebab masing-masing tak dapat balik sebab kerja dan balik rumah mertua. Kampung sebelah ibu, aku ada adik saudara yang masih kecil, bayi. Kalau aku balik, emak saudara atau bapa saudaralah yang akan suruh aku untuk menjaga adik-adik saudara yang masih kecil sementara mereka ada urusan yang lain. Aku menjaga adik saudara aku macam adik kandung sendiri. Adik saudara aku yang masih bersekolah pun aku anggap macam adik kandung sendiri. Seronok ada adik saudara yang masih kecil dan bersekolah lagi ni, mana taknya layan kerenah mereka lagi. Kadang-kadang adanya mereka aku tak rasa bosan sangat. Dan yang paling best atok tak marah kalau cucu-cucunya nak tengok TV sampai lewat malam janji TV tutup lepas tengok, nak tidur lambat pun tak kisah apatah lagi bangun lambat. Kadang-kadang aku selalu ambil angin di depan rumah atok aku, jalan-jalan tak jauh dari rumah. Kalau rajin dan mak dan bapa saudara bagi aku bawa adik saudara yang kecil lagi berjalan sama. Itulah pengalaman aku bercuti di kampung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)