Apa Kebajikan Yang Pernah Di Lakukan?
Sebagai seorang umat islam kita digalakkan membuat kebajikan. Besar pahalanya di sisi Allah SWT. Nak buat kebajikan perlu niat kerana Allah SWT dan lakukan dengan seikhlas hati. Aku pernah memberi derma kepada peminta sedekah di pasar-pasar. Aku kesian tengok kehidupan mereka yang susah. Selain itu, aku juga pernah di ajak ibu aku untuk menyambut jamuan Hari Raya Aildifitri di rumah kebajikan warga emas. Aku melihat sendiri. kehidupan mereka di rumah kebajikan warga emas. Kebanyakan terlantar di katil, memang sedihlah. Kami tak lupa bertanya khabar selain mendengar cerita yang menyedihkan dari mereka. Jamuan yang diadakan bertujuan adalah bersama-sama meraikannya di hari yang mulia agar mereka tak terasa kesunyian dan memberi sumbangan kepada warga emas di situ. Selain daripada itu, aku juga bekerja sebagai tenaga pengajar untuk golongan OKU. Bukan sahaja tenaga pengajar malah secara sukarelawan untuk membantu mereka. Aku tak lupa untuk memberi derma pakaian atau barang-barang yang aku tak pakai, majalah Remaja dan novel kesayangan aku sanggup dermakan kepada pihak bengkel. Duit hasil jualan barang-barang tersebut adalah untuk mereka golongan OKU. Selain itu juga, aku dengan sukarela menjahit jahitan crosstitch yang aku minat lalu di jual dengan harga berpatutan. Dan hasil jualan itu aku berikan kepada pihak bengkel. Dan juga mengajar warga OKU ini membuat hasil kraftangan. Disebabkan persatuan untuk warga OKU dari pihak NGO pihak kerajaan agar sukar untuk membantu. Dan masyarakat kita juga kurang mengambil berat warga OKU, jadi untuk mendapat bantuan dari masyarakat agar kurang Bukan semua tak mahu membantu dan memberi sumbangan kepada warga ini ada cuma tak ramai. Kita harus sedar, tak akan rugi jika membantu atau membuat sebarang kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Salah satu jika nak rezeki kita murah dengan membantu orang yang memerlukan. Selain daripada itu, apabila membuat kebajikan akan timbul rasa keinsafan dalam diri kita. Ingatlah! rezeki dari Allah SWT itu takkan putus walau sekecil zarah kita membuat kebajikan dengan hati yang ikhlas. Wallahualam.
Ulasan