Kepentingan Buku Dairiku
Adakah ketika ini kita masih mengingati apa yang telah terjadi pada tahun lepas? Masih ingat? Tentulah kita dan kebanyakkan orang akan menjawab TIDAK. Sememangnya ramai di antara Sememangnya ramai di antara kita tidak mempedulikan diari catatan harian, sehinggalah kita ingin mengetahui peristiwa silam yang tidak pernah kita ingati. Masa sekolah menengah, aku berjinak-jinak menulis diari. Diari pertama aku adalah pemberian dari sahabat baik aku. Setiap tahun aku akan membeli buku diari. Buku-buku diari aku ada pelbagai corak dan saiz. Aku akan mencatat peristiwa-peristiwa yang penting dan mengosongkan ruang terakhir untuk kenangan yang indah buat aku. Diri ini berasa bertuah kerana telah mencatat semua peristiwa hidup dalam diari dan telah banyak manfaat yang telah aku perolehi dari perbuatan ini. Mudah-mudahan perkara ini akan membantu aku untuk mengingati kejadian atau hal yang istimewa. Tulislah catatan hidup kita pada setiap hari. Buku diari ni pada aku ia sangat peribadi untuk seseorang itu. Selain itu, buku diari bila aku baca catatan 10 tahun yang lepas aku akan teringat balik kenangan itu. Contohnya, catatan tentang bekas teman lelaki aku akan mengenang kembali "Oh...terasa menyesal dan bodohnya mengenali si dia." ataupun catatan pasal sahabat baik "Indahnya rasa andai masa boleh diputar semula, dan mahu sentiasa di sisinya." dan sebagainya. Kadang-kadang mampu membuat kita tersenyum sendirian, ketawa dan sedih tak terhingga. Selain daripada itu, membaca kembali peristiwa-peristiwa itu kemudian akan membuatkan aku merefleksi diri dan memutuskan untuk lebih bijak dalam menangani perkara seperti itu di kemudian hari. Pada mulanya, macam orang lain juga aku mula menulisnya tetapi lama-kelamaan aku tidak ada masa atau motivasi untuk meneruskannya. Apabila aku sudah bekerja, maka untuk menulis diari ni agak kurang. Peristiwa ini terjadi 4 tahun yang lepas, kerana sehingga hampir setiap peristiwa aku catatkan. Oleh itu, untuk meneruskan aktiviti, aku telah menggariskan 3 panduan untuk menulis diari iaitu : - 1) Jangan memasukkan perkara yang memalukan aku jika orang lain membacanya. 2) Tulislah dengan jelas 3) Gunakan kata-kata kunci untuk menjimatkan ruang. Catatan harian (diari) aku akhirnya telah menjadi teman yang amat berharga yang memperkaya hidup aku dalam banyak cara. Inilah perkara yang aku lakukan dan mungkin juga dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sebenarnya catatan harian kita merupakan rujukan yang paling berharga. Sebuah diari dapat membawa kita untuk menemukan diri kita yang sebenar. Biasanya aku akan mencatat peristiwa-peristiwa yang menyenangkan sahaja, tetapi kerana hidup aku bukanlah sentiasa berjalan lancar. Maka, adakalanya aku sering mencatatkan perkara-perkara yang bersifat emosi seperti kesedihan, rasa cemburu dan kemarahan. Sekadar menulis perkara-perkara tersebut dapat membuatkan hati aku sedikit tenteram. Diari-diari aku yang lama masih tersimpan kemas. Aku ingin berkongsi kisah suka duka aku sewaktu muda bersama anak dan cucu suatu hari nanti. Kita sebagai hambaNya yang biasa memang tidak akan dapat menduga hidup, namun dengan memelihara catatan harian beberapa minggu akan dapat membantu kita memahami apa yang memberikan kegembiraan dan apa yang membawa kesedihan. Perkara ini dapat memelihara perasaan kita ketika itu yang mungkin terlepas daripada pandangan kita. Diari atau catatan harian ini banyak membantu saya menerima penderitaan-penderitaan dengan perasaan sedih sebagai rencah kehidupan. Menjadikan hidup saya tenang dan tenteram. Kepentingan menulis diari dan catatan harian ini dapat memperbaiki iman kita. Dapatkah kita mengingati perkara yang tidak baik kita buat 2 atau 3 tahun yang lalu? Sudahkah kita menginsafi dan memperbaiki diri dari perkara tersebut? Barangkali tidak, namun catatan harian amat membantu. Dengan membalik-balikkan halaman catatan harian, kita mungkin rasa terkejut betapa banyak hari yang menggembirakan telah diselimuti oleh tragedi-tragedi atau kesedihan yang tak pernah disangkakan. Tentu kesedihan akan menimpa semua orang. Ketika saat-saat seperti ini, sebuah catatan harian dapat menjanjikan kepada kita bahawa di sebalik kesedihan itu terdapat kegembiraan atau hikmah yang ingin ditunjukkan oleh Allah SWT. Ya, kita akan nampak HIKMAH disebalik semua yang berlaku sebelum ini. Pada tahun 2008, aku ada seorang kawan di kolej yang berhati busuk. Pada mula berkawan tak adalah nak fikir bukan-bukan pasal dia. Tetapi bila dah lama berkawan, Allah SWT nak tunjukkan pada aku siapa dia sebenarnya. Sehingga berlaku pergaduhan besar, dan kerana sikapnya juga Allah 'membuka mata' kawan-kawan aku yang lain untuk memperlihatkan sikapnya. Hati aku menjadi kecewa dengan sikapnya. Baru aku sedar, kawan yang baik pada mulanya jangan terlalu bersangka baik, adakalanya kita tak tau sikapnya yang sebenar di belakang kita. Dan juga dari peristiwa itu aku belajar untuk lebih berhati-hati untuk memilih kawan pada zaman ini. Diari harian dapat meningkatkan kesedaran kita tentang sesuatu. Oleh kerana itu, diari amatlah berguna untuk membangkitkan kesedaran terhadap sesuatu perkara yang selama ini telah kita lupakan. Ini adalah beberapa kepentingan dan tujuan menulis diari dapat aku kongsikan kepada pembaca semua.
Ulasan