Rumah Idamanku
Rumah adalah tempat untuk berlindung dan beristirehat setelah melakukan segala kegiatan harian. Oleh itu, setiap orang mengimpikan sebuah rumah impian mereka. Aku juga mempunyai rumah impian aku. Inilah contoh rumah idaman aku. Rumah impian aku adalah sebuah banglo mewah dan eklusif bertingkat 2. Aku sangat berminat rumah jenis banglo kerana ia besar, luas dan selesa untuk aku. Rumah itu akan aku bina dibelakangnya ada sebuah laut. Aku suka dengan suasana yang mendamaikan. Aku akan merekabentuk rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang kualiti agar banglo idaman aku nampak kukuh dan cantik sepanjang masa. Selain itu, dekorasinya yang moden dan kawasan banglo idaman aku tu tak nak terlalu banyak pokok-pokok bunga. Cukuplah 5, 6 pasu bunga dan rumput pendek. Macam sesetengan rumah, kalau boleh rumah nak dibuat sebuah hutan perlindungan. Aku tak suka, rimas dan tak selesa. Di rumah banglo idaman aku mempunyai 4 bilik tidur. Kalau di jumlah semua bilik ada 7, lagi tiga tu aku nak buat bilik mini perpustakaan, bilik solat dan bilik untuk panggung wayang mini. Kolam renang di banglo yang terletak di belakang banglo bukan di depan dan menghadap laut. Lepas tu, dekat tepi kolam renang aku akan letak ruang untuk minum petang atau istirehat. Kalau nak makan malam kat situ pun boleh lebih selesa dan memberi ketenangan. Ruang untuk tetamu dan ruang istirehat di asingkan agar nampak lebih selesa. Ruang dapur dalam rumah banglo idaman aku tu besar dan meja makan haruslah di asingkan juga. Garaj untuk kereta berdekatan dengan pintu utama. Manakala tangga rumah pula besar dan terletak di tengah-tengah. Ada rumah yang jenis tangga kat tepi dan ada yang tangga dua, kiri dan kanan kat tepi. Aku juga teringin rumah idaman aku menggunakan teknologi tinggi, agar nampak moden dan ekslusif. Itulah ciri-ciri rumah idaman aku. Bagaimana pula ciri-ciri rumah idaman pembaca?

Ulasan