Pengalaman Menyertai Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum aku masa zaman persekolahan tak banyak. Dan Kokurikulum sekolah masa zaman aku pada hari Sabtu, pukul 8 pagi. Sukan aku ambil Bola Tampar tapi tula kelab bola tampar kat sekolah aku tak aktif langsung, macam tak ada orang masuk sukan ni sahaja rasa. Langsung tak ada aktiviti, siapa cikgu yang urus untuk sukan ni pun  aku tak tau. Yang aku nampak aktif untuk sukan di sekolah aku adalah bola sepak dan bola jaring. Tapi itula, bola jaring pula aku tak minat. Sudahlah tak minat, tak tau nak main lagi. Untuk kelab pula, mula-mula aku ambil kelab Rekacipta lepas tu masuk tingkatan 4 (kalau tak silap) aku keluar kelab tu masuk kelab Bahasa Melayu. Pada mulanya aku nak masuk bahasa inggeris sebab minat, tapi di sebabkan tak ada kawan yang nak masuk kelab tu ikutlah kawan aku masuk kelab bahasa melayu. Yang Rekacipta ni, jarang ada aktiviti tapi itulah aku tak minat pula. Kalau bahasa melayu, pun sama jarang ada aktiviti. Tapi kalau ada perjumpaan aku pergi. Kelab yang aktif kat sekolah aku pun tak tau yang mana satu, mungkin kelab bahasa inggeris kot. Manakala untuk persatuan, aku masuk Persatuan Puteri Islam dan tak pernah pun  tukar mana-mana persatuan begitu juga sukan. Puteri islam aku masuk sebab yalah puteri islamkan mesti banyak tentang keagamaan. Persatuan ni ada aktiviti juga kadang-kadang seperti ada pertandingan memasak, kawad dan sebagainya. Persatuan yang paling aktif kat sekolah aku adalah Persatuan Tentera Laut, aku cukup suka tengok mereka berkawad dengan pakaian tentera lautnya. Bila tiba kokurikulum mesti ada kawad mereka. Biasalah nama pun Persatuan Tentera Laut. Kadang-kadang Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri pun aktif juga. Walauapapun, terus teranglah aku ni bukan jenis aktif masa kokurikulum. Kadang-kadang tu siap ponteng lagi, kokurikulum datang tapi tak pergi kelab atau persatuan aku yang kebetulan ada aktiviti. Memang aku rasa bosan bila tak banyak aktiviti. Aku teringin nak jadi macam seseorang yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum malah akademi pun sama. Tapi sampai di situ sahaja tahap aku jadi terima sahajalah.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)