Cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang amat penting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka. Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdisiplin dan sebagainya. Mempunyai anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa. Contohnya, mendengar kata ibu bapa agar tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini di zaman moden ini. Ibu bapa juga tentu berasa gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita sebagai anak mestilah rajin belajar agar mereka gembira serta memperolehi masa depan yang lebih cerah. Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah, membantu di dapur dan sebagainya. Dengan itu, Kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu akan menggembirakan hati mereka. Selain itu, ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka adalah diantara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama-sama anak-anak. Jadi kesimpulannya, sebagai seorang anak yang sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Jesteru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati oleh Allah SWT. Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)