Jika Aku Seorang Puteri Raja

Jika aku seorang puteri raja, aku akan sentiasa membantu rakyat yang dalam kesusahan. Aku akan beramah mesra bersama rakyat jelata. Aku juga akan mengambil peluang untuk hidup sebagai seorang rakyat biasa untuk merasai kehidupan mereka. Aku juga akan mempertahankan hak dan keselamatan rakyat jelata. Setiap tahun aku akan menjemput rakyat jelata untuk menghadiri jamuan-jamuan atau majlis-majlis yang di adakan di Istana seperti jamuan hari raya, sambutan hari lahir dan sebagainya. Selain itu, setiap bulan aku akan menziarahi pesakit-pesakit di hospital dan memberi sumbangan. Rumah-rumah kebajikan pun aku akan beri sumbangan selain meluangkan masa bersama mereka. Aku ingin menjadi seorang puteri raja yang low profile. Jika rakyat mahu berjumpa dengan aku secara peribadi pun tak kisah. Kalau soal jodoh, aku tak kisah dengan rakyat jelata sekalipun yang penting si dia ikhlas menerima aku. Mencintai dan menerima aku seadaanya, bukan cinta kerana harta mahupun pangkat semata-mata. Dan si dia juga dapat menyesuaikan diri tentang adat istiadat DiRaja. Seorang puteri raja harus bijak dalam memilih pasangan hidupnya. Itu sahaja. Wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)