Kenangan Pahit Manis Sebagai Instruktor 2012
Sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit aku sebagai seorang instruktor untuk tahun 2012. Di sebabkan hari makin hari aku semakin sibuk dan tak ada masa untuk meluangkan masa untuk blog peribadi kesayangan aku ni. Jadi apa yang aku nak kongsikan bersama pembaca yang lain adalah hanya beberapa kenangan yang masih segar dalam ingatan aku.
Pelatih - Hampir 6 bulan aku bekerja di BPSM, Sitiawan aku dah mula kenal perangai anak-anak murid aku. Dan ada 2, 3 orang yang jadi anak murid kesayangan aku. Masa ni aku belum confirm lagi gaji pun RM600 lebih bulan 1 tahun 2013 baru aku confirm. Manakala Jawatan aku bukan sahaja sebagai Instruktor malah sebagai Pembantu Pentadbir.
Kakitangan/Pentadbir - Tak sampai sebulan aku kerja, ada staff yang dah aku mula nampak perangai yang menjengkelkan contohnya :- En. Zainal. Dia adalah pemandu van bengkel. Setiap pagi dia akan mengambil pelatih, manakala petang hantar pelatih balik. Tapi aku cukup tak berkenan dengan orang tua ni sebab dia ni kepoh sangat, sibuk sangat nak tau gerak geri aku! Sampai pernah beritahu kat ketua pentadbir, Amy lepas tu Amy tanya aku apa yang orang tua tu beritahu. Memang kaki sibuklah. Kalau dah nampak aku kat mana-mana atau apa yang aku buat diam sudahlah tak padan dengan lelaki. Amy pernah cakap dengan aku yang En. Zainal ni bekas navy tapi bukan pencen, berhenti. Dan katanya lagi, En. Zainal ni jenis cakap pandai tapi buatnya hampeh sebab tu dia berhenti asyik melawan cakap pegawai atasan. Rumah dia pun kena lelong dengan pihak bank jadi terpaksa orang tua tu duduk rumah atas kedai. Yang si Amy pula, kadang-kadang curi masa keluar sibukkan diri dengan aktiviti sendiri siap suruh aku cover line untuk dia bila En. Munisamy (Bendahari Kehormat Ahli Lembaga BPSM, Sitiawan) datang bengkel. Untuk makluman pembaca sekalian, Amy ni menyertai ahli puteri UMNO. Dia boleh dikatakan dari golongan keluarga orang kuat politik. Apa yang dia pernah cerita kat aku, mak dia Wanita UMNO dan pernah aktif dalam BAKAT Navy manakala bapanya pula orang PAS. Amy pun aktif dalam apa sahaja majlis-majlis yang ada kena mengena dengan UMNO. Rajin pergi mesyuarat bahagian DUN ke ADUN macam tula. Kebetulan dia anak tunggal jadi untuk hilangkan bosan dia sertailah hal-hal macam ni. Katanya lagi, sertai ahli puteri UMNO ni banyak aktiviti boleh buat, Penah dia menjemput aku untuk jadi Puteri UMNO, ayah aku bagi sahaja tak kisah. Tapi mak aku pula tak bagi katanya mengarut semua tu. Amy tu pula sebaya aku. Kadang-kadang ada yang aku tak puas hati dengan dia walaupun dia ketua pentadbir aku. Dan yang paling aku tak boleh lupa adalah ketiga-tiga kami bertelagah. Aku dan Amy tak puas hati dengan En. Zainal dan En. Zainal dah mula bengang gila sampai nak penampar si Amy depan-depan anak murid sampai salah sorang anak murid menangis tengok kejadian tu. Akhirnya kami bertiga berbincang, En. Zainal pun bising-bising dengan aku juga. Katanya, kalau tak puas hati cakap depan jangan cakap belakang. Tapi masa tu mungkin aku ni baru lagi jadi aku banyak diamkan sahaja. Aku biarkan Amy berbincang dengan orang tua tak guna tu! Masa tu aku memang tension Allah SWT sahaja yang tahu. Aku dah mula meluat dengan mereka. Walaupun aku tak berapa suka Amy dan En. Zainal, aku tetap kena beri kerjasama sebab kami berkerja 1 bumbung. Tu pun kerana TERPAKSA.
Aktiviti - Di bengkel setiap tahun akan mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami akan menjemput ibubapa pelatih sekali. Mula-mula aku hadir jamuan hari raya bengkel, aku agak kekok jugalah nak kena layan ibubapa pelatih dan menguruskan jamuan. Kaku aku di buatnya sebab tak biasa. Pada bulan September, Aku mengikut Amy ke Pameran Di Sekolah Semangat Maju Ipoh. En. Zainal pun turut hadir membantu kami. Masa tu, aku membantu Amy di pameran yang dibuat di tingkat 1 blok C dan masa tu jugalah Amy sempat memperkenalkan aku kat semua guru-guru yang dari Sekolah dan Bengkel dari Daerah yang lain contohnya dari Ipoh, Taiping dan Batu Gajah. Selain pameran, di bahagian bawah ada jualan kraftangan juga. Aku dan Cik Zainal jaga bahagian jualan, Amy kat tempat pameran.
Kursus Perguruan - Pada penghujung bulan November, aku di kehendaki menghadiri Kursus Perguruan di Sekolah Semangat Maju Ipoh masa tu aku belum cukup 6 bulan comfirm lagi. Tapi Amy kata tak apa boleh pergi, En. Munisamy pun dah bagi kebenaran. Kata En. Munisamy kursus ni wajib dihadiri oleh setiap guru-guru yang baru. Kursus ni untuk mendapatkan sijil perguruan dan kursus ini dijalankan selama 3 Tahun 4 Semester. Jadi untuk persediaan, aku tanya amy apa keperluan dan barang-barang yang nak kena bawa. Amy pun belum habis kursus lagi. Tahun 2012, dia Tahun 1 Semester 2 dan aku baru Tahun 1 Semester 1 kira aku junior dialah. Masa nak pergi kursus ayah yang hantarkan. Tiga minggu kursus kat sana, macam-macam kawan baru dapat ada yang dari Pusat Dan Komuniti (PDK), Persatuan NGO, Sekolah Semangat Maju Taiping, Bengkel Perlindungan Semangat Maju Taiping dan Sekolah Semangat Maju Sitiawan iaitu Kak Azian. Itula kawan yang aku paling rapat masa kursus, mujur juga ada kawan dari sitiawan kalau tak tahulah. Kebanyakkan yang rapat dengan aku, kawan-kawan dari PDK. Dalam kelas aku ada 15 orang, masa tula nak berkenal-kenalan dengan kuliah lagi. Semester ni kami banyak enjoy, kuliah kami kebanyakan dari pensyarah dari luar. Aku telah dilantik kawan-kawan sekelas sebagai Bendahari, mereka lantik aku jadi bendahari pun sebab aku seorang di antara mereka ada laptop dan printer. Jawatankuasa yang lain pula semua main tunjuk-tunjuk (termasuk aku kena). Yang paling tua dalam kelas aku, Kak Misiah atau Kak Mis. Dia jugalah ketua kelas kami dan penolong kelas seorang budak lelaki dari PDK (paling muda dalam kelas). Kadang-kadang ada subjek yang kena bergabung dengan senior. Senior kami sibuk dengan peperiksaan dan assignment. Dan kami pula tak ada peperiksaan yang nak kena buat cuma assignment sahaja itu pun hantar naik semester 2 nanti. Cerita kawan-kawan masa dalam dorm pula, aku tengok budak-budak dari kelas aku suka berpuak-puak terutamanya yang dari Taiping lepak dengan geng-geng mereka saja. Kalau nak lepak dengan mereka kena datang kat tempat mereka. Tahulah yang dari Taiping ramai, tak payah sampai nak berpuak-puak. Sejak aku rapat dengan Kak Azian, kami selalu keluar lepas kelas atau masa rehat. Kadang-kadang kami lebih suka makan kat luar dari kantin. Kak Azian selalu bawa aku ke tempat-tempat yang aku tak pernah pergi. Kebetulan Kak Azian tak duduk asrama hanya ulang alik dari kursus ke rumah mak mertuanya di Bercham. Amy pernah 'bising' juga kat aku, katanya rugi makan kat luar sedangkan tengahari disediakan makan. Makanan kat kantin kalau menyelerakan aku tak apalah juga. Dan yang paling aku sakit hati, baru semester 1 aku dah benci kat seorang perempuan ni (kawan sekelas aku juga) dari SSM Taiping. Nama dia Siti, orangnya cantik masa aku mula-mula kenal dia aku kagum dengan kecantikannya tapi sayang mulut macam longkang!! Kisahnya macam ni, masa tu hari terakhir kursus (masa rehat) orang lain dah siap kemas pada pagi tinggal nak angkut bawa turun saja. Yang aku pula 1 apa pun belum sempat nak kemas, tengah sibuk nak kemas dia tiba-tiba suruh aku tutup kipas sebab Kak Mis nak menyapu. Aku mengeluhla (tanpa mengeluarkan kata), apalagi kena perli kaw dari perempuan tu! Nak pula ada kawan, Fiza (dari SSM Taiping) back up dia marah aku. Mereka berdua tu boleh dikatakan rapat, si Fiza tu senior kami. Bila dah kena macam tu dalam hati menyumpah-nyumpah, merah padam menahan sakit hati. Sejak dari tu aku memang benci gila dengan 2 perempuan tu, mereka akan menyesal buat aku macam ni!! Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan aku masa tu. Aku terus hilang mood nak kemas barang aku, Kak Azian suruh aku bersabar tapi aku banyak diam langsung tak bercakap. Yang 2 mangkuk tu pula ushar aku sebab Kak Azian tegur aku diam sahaja. Kebetulan masa kejadian tu Amy tak ada, kalau Amy nampak aku tak taula apa dia cakap nanti. Masa balik, aku bersalam dengan semua orang kecuali 2 mangkuk tu!! Tak ingin aku nak tengok muka mereka! Mereka pun tak adanya nak salam aku! Itula sebahagian kisah untuk tahun 2012 yang masih aku ingat.

Semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di anjurkan oleh SSM, Sitiawan.
Di atas dari kiri: - Zul Jalal Wali Kram (Am), Syarul Ezwan (Ezwan), Mohd Hafeez (Hafeez)
Di bawah dari kiri: - Noor Solehah (An), Teoh Pei Ji (Pei Ji)

Ulasan