Belajar Berkumpulan Lebih Baik Dari Belajar Sendiri

Ramai orang akan setuju yang mereka lebih suka belajar berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka dan boleh meminta bantuan dari rakan sekumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini akan meringankan beban cikgu-cikgu yang terlalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah. Belajar secara berkumpulan juga membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu. Semua faedah mempunyai keburukkanya juga. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah semakin jauh. Aku pula jenis tak kisah belajar berkumpulan boleh, belajar bersendirian pun boleh. Tapi bila aku belajar bersendirian, contoh katalah ada soalan aku tak faham baru aku akan tanya rakan-rakan aku. Dari pengalaman aku, pernah juga aku belajar berkumpulan dengan rakan-rakan terutama kawan perempuan walaupun tak semua, mereka lebih suka bersembang dari belajar atau mengulangkaji. Dengan gelak tak ingat dunia, sembang pasal lelaki takpun hal peribadi jadi aku rasa macam terganggu dan tak boleh nak tumpukan perhatian. Aku cukup tak suka, mereka tak serius dan sebab itu aku mengambil langkah untuk belajar bersendirian. Kadang-kala bila aku belajar bersendirian terasa aman sikit dan jika ada soalan yang sukar aku nak selesaikan aku akan berusaha sedaya upaya untuk mencari penyelesaiaannya. Manakala, kalau aku belajar berkumpulan dengan rakan-rakan lelaki agak berbeza. Mereka lebih serius untuk belajar kalau bersembang pun sekejap sahaja, tangan dan otak ber'jalan'. Belajar secara berkumpulan juga boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran mereka pun boleh merosot kerana mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu. Tapi sepanjang aku berlajar di zaman sekolah mahupun kolej, alhamdulillah aku dan rakan-rakan yang lain boleh bertolak-ansur. Kami akan sama-sama fikirkan pendapat rakan yang lain. Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk belajar akan tercapai. Ada bilik sendiri untuk belajar dan barang-barang sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh juga memajukan dirinya untuk lebih cemerlang. Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh belajar berdikari. Dengan belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain. Keburukkannya - jika ada soalan untuk ditanya, tiada sesiapa untuk membantu kita. Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh merosot pelajaran. Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang pendapat orang lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar rakan sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita dan ini boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi. Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian. Macam aku, kalau soalan tu susah sangat atau tak boleh nak cari jalan penyelesaian aku akan berhenti sekejap buat mana yang mudah dahulu dan yang susah tu aku akan tanya rakan-rakan. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu dan juga sebaliknya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)