Laman Web Yang Aku Suka Lawati

Laman web yang aku suka lawati adalah Islamic Quotes, Search Truth, Brain Quotes, Penulisan2U dan Kisahkisahmisteridunia.blogspot. Kalau ada masa aku akan lawati laman-laman web ini. Laman web islamic quotes, dan brain quotes ni lebih kepada kata-kata hikmah. Islamic quotes hanya kata-kata hikmah islamik (dalam bahasa inggeris). Manakala brain quotes pula kata-kata hikmah dari pujangga dunia seperti Aristotle, Mahatma Ghandi, penulis-penulis novel dunia, artis, perdana menteri dunia dan sebagainya. Ada sesetengah kata-kata hikmah tu menarik. Bagi aku kata-kata hikmah ni dapat memberikan motivasi bagi kehidupan kita seharian. Kata-kata ini juga boleh dijadikan sebagai pelajaran bagi kita apabila kita menghayati kata-kata hikmah tersebut. Ramai orang di dunia ini pasti memiliki pelbagai masalah dan dengan adanya kata-kata hikmah ia mampu memberi motivasi dan inspirasi yang boleh menenangkan fikiran kita yang mengalami masalah. Bagi laman web search truth pula adalah kata-kata hikmah islamik dari ahli ulama, dalil-dalil dan sebagainya Selain itu, laman ini juga mempunyai tafsiran-tafsiran al-quran dalam bahasa melayu dan inggeris dari juzuk 1-30. Ia memang sangat bermanfaat untuk kita sebagai seorang islam, dapat mengetahui maksud dalam salah satu surah. Manakala, laman web penulisan2u pula adalah koleksi cerpen-cerpen dan novel. Kita boleh membaca secara online, tak payah susah-susah buang duit beli novel. Dan akhir sekali laman web kisahkisahmisteridunia.blogspot, aku berminat sangat untuk membaca kisah-kisah misteri dunia tak kisahlah ia mengenai kes pembunuhan misteri, rumah berhantu, kes pelik-pelik di dunia yang ahli kaji pun tak dapat nak ungkaikan kes tersebut dan sebagainya. Bagi aku ia sangat menarik dan agak misteri. Kalau buka laman web ni malam-malam kadang-kadang bulu roma pun boleh berdiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)