Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga
Dulu masa aku sekolah, ibu dan ayah aku kadang-kadang cuti sekolah rajin ajak pergi berkelah tak kiralah di tepi laut atau di sungai. Kalau berkelah di tepi laut semstinya di Teluk Batik, Lumut dah tak ada tempat lain situlah kami berkelah. Masa nak pergi memang seronok tak ingatlah kami adik beradik. Kalau berkelah selalunya kami pergi pagi. Sebelum bertolak, kami buat persediaan. Aku dan adik-adik aku tolong ibu menyiapkan bekalan makanan. Pakaian salin kami sendiri siapkan sendiri, pilih baju mana nak pakai. Aku pakai baju siap nak mandi baru tukar baju lain. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat dibawa dengan selamat. Sampai sahaja kat Teluk Batik, Lumut memang ramai orang berkelah. Suasana kat situ tak payah cakap memang meriahlah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Biasalah Teluk Batik, Lumut ni tempat pusat peranginan terkenal di Perak nak pula kawasan TLDM. Kalau pergi hari minggu atau cuti sekolah memang penuh, nak cari tempat kosong tu agak sukar sikitlah. Terpaksa tengok mana-mana ada keluarga yang nak balik cepat-cepat ambil tempat tu. Ada yang datang dari luar Perak dan datang secara berkonvoi pun ada. Bila dah jumpa tempat kosong, aku dan adik-adik menolong ayah mengeluarkan barang-barang perkelahan. Aku atau adik akan membentangkan tikar. Bila selesai buat kerja tu semua apalagi kami adik beradik memang dah tak ingat apa lagi tau nak terjun dalam laut sahaja. Kami mandi sepuas-puasnya. Aku kalau mandi tak berani ke tengah laut nak pula aku ni jenis tak pandai berenang. Lemas aku tak naya dibuatnya. Kalau guna pelampung bolehlah lagi. Tapi bila dah besar ni rasa segan pula nak guna pelapung. Kat Teluk Batik, Lumut ada orang sewa pelampung aku pun tak ingat berapa sewanya. Selain tu kerusi rehat pun ada sewa juga. Setelah penat bermandi-manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang disiapkan oleh ibu. Kalau pergi berkelah pagi balik dah semesti tengahari balik, minta balik petang ibu dan ayah aku pula nak balik. Jadi nak tak nak terpaksalah balik. Manakala kalau berkelah di sungai, kami akan pergi ke Ulu Licin atau Ulu Kenas, Beruas. Sungai kat situ sejuk orang pun tak ramai. Kalau nak ke sana kami memang kena bersiap awal. Aku mandi di sungai siap tangkap ikan, menyelam bagai. Lepas tu lepak atas batu pula. Aku ingat lagi, kami berkelah di sungai siap buat barbeque lagi memang seronok habislah. Yang tukang membakarnya ayah akulah. Selain itu, ayah aku ada ajarkan macam mana nak basuh pinggan ketika berada di hutan dan ada anak sungai. Di saat sabun pinggan pun tak ada, ayah kata basuh pinggan dengan pasir sungai kemudian gosok pasir kat pinggan atau cawan ibarat macam guna sabun lepas tu bilaslah macam biasa hilang segala minyak. Salah satu pempelajaran yang aku dapat, biasalah ayah aku dulu bekas pegawai tentera laut. Ada juga kejadian yang tak dapat aku lupakan semasa berkelah di sungai, adik aku no 3 hampir-hampir kelemasan. Masa tu kami berkelah di Ulu Licin ke Ulu Kenas entah aku tak berapa ingat, Adik aku no 3 ni OKU dan tak pandai berenang tapi cukup suka bila mandi tepi laut atau sungai. Selalunya dia mandi kat tepi-tepi sahaja. Kebetulan hari tu dia nak buang air, ayah aku temankan dan bawa dia kat semak atas batu besar. Entah macam mana tiba-tiba, aku nampak adik aku ni berguling-guling jatuh dari atas batu. Ibu aku dah mula panik habis masa tu, kami adik beradik yang lain apatah lagi. Adik aku tu jatuh terus masuk dalam sungai dengan terkapai-kapai dibawa arus sungai yang tak deras mana. Ibu aku dah mula menjerit suruh kami halang dia. Mujur dapat tangkap dia, aku tengok adik aku tu dah terbeliak dan merah mata dengan tercungap-cungap lagi. Kata ayah, kat semak atas batu tu licin lepas tu dia tergelincir tu yang jadi macam tu. Apa-apa pun aku akan lebih berhati-hati ketika berada di laut atau sungai, ini sebagai pengajaran bagi aku. Keselamatan diri dan ahli keluarga itu penting. Kalau nak berseronok, pastikan janganlah keterlaluan.
Ulasan