Restoran Kegemaranku

Restoran atau kafe yang menjadi kegemaran aku adalah Restoran Wau Bulan - restoran ni mensajikan makanan dari negeri timur. Kalau tengahari banyak lauk menjadi pilihan, kadang-kadang aku beli lauk kat situ. Kalau petang pula, kalau lapar selalu singgah situ juga. Harganya pun berpatutan. Strawberry Cafe - sini aku selalu pesan Nasi BBQ Hainan, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng Cantonesse atau Mee / Bihun Sup Ayam BBQ dan air Jus Tembikai, Coklat Panas atau White Coffee. Chicken Rice Shop -  aku selalu pesan yang 1 set untuk seorang makan dan lebih suka memilih Chicken With Soy Sauce dan sayur pak choy. Pergh! sedap gila. Memang kegemaran aku. Secret Receipi - Makanan Spagetti Seafood, Indulgence Cake dan Chocolate Ice With Cream menjadi pilihan kegemaran aku. Sunrise Cafe - selalunya aku makan makanan yang biasa-biasa sahaja, Chicken Chop With Lemon Sauce pun pernah pesan juga. Dan yang terakhir, Restoran Ayam Penyet Jawa Timur - disebabkan aku ni ada darah jawa maka makan pilihan aku di restoran tu adalah Mi Bakso dan Ayam Penyet Jawa. Memang kegemaran aku, sedap gilala. Aku ni jenis suka mencuba makanan-makanan di restoran yang tak pernah aku kunjungi (dah macam jalan-jalan cari makan pula). Tapi bila restoran ada menghidangkan makanan sedap di tekak aku memang aku dah cop awal-awal yang itu adalah restoran kegemaran aku. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)