Kenangan Pahit Manis Sebagai Instruktor 2013

Yang ni pula aku nak ceritakan untuk tahun 2013 sepanjang aku berkerja di Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan sebagai Instruktor dan Penolong Pentadbir. Tahun 2013 adalah tahun yang mencabar bagi aku, mencabar dari segi kesabaran dan mental. Sampai aku rasa macam tak sanggup nak harunginya sebab aku ni taklah setabah mana. Apa-apa pun aku berserah dan tawakkal pada yang Esa. 

Pelatih - pada tahun 2013, 4 orang pelatih aku yang dapat bekerja di luar. Mohd Aiman dan Mohd Hafizul Hafiz bekerja di PCK Enterprise, Nurul Zaidatul Husna (anak En. Zainal) bekerja di Butik Aweenda dan Mohd Hafeez Zain bekerja di Sime Darby ladang jambu batu. Alhamdulillah mereka dah boleh berdikari tanpa bantuan. Lagipun aku dah sedia maklum mereka mampu bekerja dengan baik. Sampai bila nak bergantung pada orang lain. Anak-anak murid aku semua dari golongan OKU, jika suatu hari nanti tak ada ahli keluarga, saudara-mara atau jiran tetangga yang sanggup nak menjaga sekurang-kurangnya mereka mampu hidup berdikari. Itu yang aku selalu pesan pada pelatih OKU yang mana jenis masalah pembelajaran. Kadang-kadang aku ada marah mereka pun untuk kebaikan juga. Tapi itulah pelatih aku ada macam-macam perangai. Ada yang dengar kata dan ada yang tak nak dengar kata tau nak melawan saja yang itu memang aku angin. Sabar sajalah. Ada 1 kejadian yang tak dapat aku lupakan, masa tu hari raya puasa ada seorang pelatih, Tan Jee Suan buat perangai. Aku selalu marah dia sebab buat kerja tak kemas, lambat dan bila kena marah melawan tapi bab bergelak tak ingat dengan pelatih lelaki serah saja pada dia. Selalunya bila raya puasa pelatih cina makanan mereka beli kat kedai cina, jadi aku suruh Ting Hong Aun (pelatih) pergi belikan makanan. Aku segan nak pergi lagipun kedai cina pula tu dengan aku puasanya lagi. Elok Ting nak pergi ambil makanan si Ah Suan pergi seklai ikut. Aku panggil 10 kali buat tak dengar. Aku suruh Solehah (pelatih) panggil pun buat tak dengar. Akhirnya, kami pergi kat dia bawa balik bengkel tiba-tiba menjerit dan marah gila. Entah macam mana dia pukul aku kat lengan, memang sakit gilalah. Kalau dia normal mahu kena saman dengan aku. Yang aku, dah malu dengan budak kedai 5 sen tengok semacam saja. Di bengkel aku mengadu kat En. Zainal pasal Tan Jee Suan, En. Zainal tegur dia dengan tak semena-mena dia menangis meraung terpekik-pekik bagai. Orang dari kedai 5 sen yang bersebelahan bengkel pun boleh dengar. Bukan senang wei! nak jaga pelatih OKU ni. Mental nak kena kuat, penyabar. Itu baru jaga pelatih OKU yang dewasa, kena yang kat Sekolah Semangat Maju, Sitiawan tu murid OKU budak kecil lagi cepat aku masuk TR (Tanjung Rambutan). Dan 1 lagi kes, tapi ni kes terjatuh masa latihan sukan. Masa tu aku dan seorang cikgu baru uruskan untuk latihan sukan tahunan anjuran Sekolah Semangat Maju, Sitiawan. Jadi kami, buat persediaan, semua pelatih kena masuk acara tak ada terkecuali. masa latihan acara larian lelaki 100m (lelaki), Nazirul Hazim (pelatih) tertolak si Zul Jalal Wali Kram (pelatih) entah macam mana dia terjatuh habis muka sagat jalan raya apalagi berdarah kat hidung, dagu dan siku dia. Si Nazirul over sangat lari main rempuh saja tu yang terlanggar, aku marah gila si Nazirul tu sampai menangis dia. Dah langgar kawan buat muka tak bersalah pula. Dia memang jenis tak boleh marah sikit, mesti menangis badan besar hati kecik bak kata Cik Zainal. 

Kakitangan/Pentadbir - bulan Mac Amy berhenti dia dapat kerja di Pusat Dan Komuniti Al-Hidayah, Manjung (PDK, Manjung). Sebelum dia berhenti, En. Muni pesan pada dia ajar aku berkenaan akaun dan hal-hal pejabat. Kata En Muni, lepas Amy berhenti aku ambil alih jawatan Amy iaitu sebagai Pentadbir. Aku cakap dengan En. Muni yang aku belum bersedia nak pegang jawatan tu lagipun aku baru kot kerja bengkel tak sampai setahun pun. Tapi apakan daya aku nak menolak tawaran, terpaksalah terima. Nak tak nak kena belajar, kerja surat menyurat dan fail boleh buat tiba bab akaun aku 'sakit'...pening gila! Kadang-kadang nampak senang, kadang-kadang nampak susah. Aku kerap salah kat resit rasmi bengkel dan 'cash book'. Bila dah kerap salah En. Muni apa lagi hentam akulah. Memang stress gila aku tahun ni. Aku jadi tak suka bila En. Muni datang, kalau datang mesti kena marah bab akaun. En. Muni pun macam tak berapa suka aku, ada sahaja yang tak kena. Itulah gatal sangat nak aku jadi pentadbir. Dulu aku manalah ambik akaun, setakat basic tu taula kredit debit. Bila Amy dah letak jawatan, kami sibuk mencari pengganti Amy. Aku ada tanya mak angkat aku, Aunty Ginvera dia kata nak Lindi (anaknya) kerja dengan aku. Bermula dari situla konflik antara aunty dengan bengkel, kebetulan salah seorang comittee members Ms. Ching (Peguam) kenal sangat dengan mereka. Dan aku dah tau kisah Ms. Ching ni sebab Lindi pernah berkerja di syarikat guamannya. Bila Ms Ching dapat tahu yang anak dia nak kerja di bengkel, terus dia cakap dengan En Khaw Eng Aun (Pengerusi BPSM Sitiawan) Lindi tak boleh buat kerja dan pernah bekerja dengan dia. En Khaw Eng Aun terus tolak Lindi kerja kat bengkel. Mak angkat aku pula anginla, belum temuduga terus tak mahu jumpa. En Muni pula dah bising kat aku katanya kalau nak cari orang bekerja jangan cari kawan sendiri nanti dia tak nak dengar arahan aku lepas tu gaduh. Masuk bulan 5 ada pekerja baru masuk, kawan En. Muni punya adik namanya Ashwani a/p Superawmaniam. Ashwani adalah bekas guru sandaran di SJK(T), Pundut. Katanya nak sambung belajar dalam bidang perguruan. Aku bernasib baik sebab Ashwani mahir dalam akaun, aku selalu minta tolong dia. Tapi itu pun kadang-kadang En. Muni bising sebab ada salah juga. Kami memang tak senang duduk bila dia periksa akaun. Alaa..dia buat akaun pun bukan ada yang betul sangat, ada salah juga. Ashwani ni kadang-kadang tak datang bengkel sebab ada hal katanya. Ada satu majlis di SSM, Sitiawan pertama kali majlis bagi dia pun tak datang. Alasannya ada hal. Dan yang paling stress, sejak dia bekerja di bengkel duit kadang-kadang hilang. Kejap-kejap short. Hilang bukan sen-sen tapi puluhan dan ratusan. Aku dah mula hairan macam mana boleh hilang? Nak kata salah letak tak ada pula. Dan aku perasan setiap kali keluar ada hal, mesti balik ada hilang duit. Aku dah mula syak Ashwani yang curi, sebab kunci laci aku selalu tinggal kat bengkel. Ada 1 hari, duit makan hilang RM 300, aku sikit punya susah hati macam mana nak bagi kat En. Zainal dengan duit short banyak. Nak tak nak aku gantikan balik duit RM 300 ni tadi dengan duit peribadi aku sendiri. Mengelupur tengahari tu pergi bank cucuk duit. Lepas tu, aku buat mesyuarat tergempar antara instruktor sekejap dan aku mengadu kat En. Zainal pasal duit hilang sampai RM 300. En. Zainal suruh aku cari balik mana tahu tersalah letak, aku takkan tersalah letak memang aku ingat letak kat mana. Dia pun tak nak tuduh sesiapa dan dia juga mengaku tak ambil begitu juga Ashwani dengan muka tak bersalah tak mengaku juga. Tetapi aku memang syak dia, Cik Zainal dah terang-terang jarang turun bawah dan tak tau kunci laci hanya dia sahaja yang tau. Memang tak sangkalah dia jenis tangan panjang. Ashawani berkerja di bengkel selama 6 bulan sahaja sebab dia dapat tawaran sambung belajar dalam pendidikan. 

Kursus Perguruan - tahun 2013, aku dah masuk tahun 1 semester 2 (bulan 6) dan tahun 2 semester 1 (bulan 12). Tahun ni aku jadi senior dah. Peperiksaan pula semakin hampir, kami bertungkus lumus mengulangkaji. Mana presentation...peperiksaan lagi dengan assignment lagi stress wei! Amy bekas pentadbir dan instruktor bengkel Sitiawan nak sambung kursus perguruan ada masalah pula. Di sebabkan dia dah tukar ke PDK, Manjung maka dia kena mula dari tahun 1 semester 1. Rugi betul, silap dia berhenti dengan kursus tak habis lagi. Sepatutnya tunggulah habis kursus, barulah berhenti. Kalau tak sekarang dia dah tahun 2 semester 1 (bulan 6) dan tahun 2 semester 2 (bulan 12, tahun akhir). Buang masa saja macam tu. Junior pula baru masuk, tahun ni kebanyakkannya dari PDK. Setengah cikgu dari PDK masuk dorm dengan kami yang senior. Aku berkenalan dengan semua junior aku. Ada seorang dari PDK Manjung iaitu Kak Zura. Baru kenal seminggu lebih aku dah rapat dengan Kak Zura dan seorang dari PDK mana ntah namanya Kak Zah. Aku memang kamceng dengan mereka dan budak PDK yang lain. Dan aku rasa seronok dan enjoy dengan budak-budak junior aku yang sporting habis. Tak macam budak kelas aku masing-masing berpuak-puak nak kena datang baru layan. Sampai budak kelas aku pun pandang pelik, tak pernah nampak aku bergelak ketawa bagai buat perangai gila-gila. Yang buat aku tersentap, Kak Zura ada cerita yang Amy dan Kak Raudah pernah mengata aku pasal masalah bengkel dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tak guna betul! Kak Zura sendiri tak suka perangai Amy yang sikit-sikit nak keluar ada urusan. Aku dah sedia maklum urusan apa yang dia maksudkan, maklumlah orang Puteri UMNO. Yang musuh aku tu, Siti dari SSM, Taiping masih tak bertegur sapa. Makin meluat aku dengan dia, bengang aku tak hilang lagi. Kalau ada perkara penting, orang ke-tiga minta tolong sampaikan. Tak kuasa aku nak cakap sendiri dengan dia dan dia pun macam tu. Yang aku peliknya budak-budak kelas aku ada yang suka berkawan dengan dia sebab dia dalam kelas mulut 'banyak mulut' dan suka bergurau (gurauan entah apa-apa entah, aku pun tak rasa nak tergelak). Pada bulan 12 kursus perguruan, kecoh di antara kawan-kawan sekelas yang kata si Siti tu dah mengandung. Aku tak ambil 'port' langsung, dengar-dengar gitu sahaja. Kami cikgu senior dah tak sabar-sabar nak habis kursus. Kak Yan dari SSM, Sitiawan pula masa tahun 1 semester 2 duduk hostel bestla sikit dia join duduk hostel masuk tahun 2 semester 1 dia berulang pula sebab anak lelaki yang sulung asyik menangis bila maknya tak ada. 

Aktiviti - di bawah adalah di antara aktiviti bengkel sepanjang tahun 2013 ^_^



Sejak aku menjadi pentadbir untuk tahun 2013, aku mewujudkan aktiviti sambutan hari lahir untuk pelatih setiap bulan jika hari jadi pelatih jatuh pada bulan tersebut. Contoh : - Bulan Januari ada 5 orang, buat sekali senang. Ini sambutan hari lahir Teoh Pei Ji pada bulan Oktober. Di sebelah kiri pula, Cikgu Ashwani. 


Masa ni Sekolah Semangat Maju Sitiawan mengadakan Hari Konsert tahun 2013 Cikgu Ashwani pula yang uruskan. Mereka menyanyikan lagu 'Tanggal 31'. Tahun lepas aku uruskan masa tu aku baru beberapa bulan kerja kat bengkel lagu patrioritik juga. Kami tak tahu nak buat apa lagi dah.


Yang ini Pula, 'charity food fair' di Sekolah Semangat Maju Sitiawan juga. Orang lain jual makanan, kami jual barangan kraftangan. Pihak sekolah jual kupon untuk orang ramai beli barangan makanan tapi kami pakai untuk barang kraf. Nak harapkan cash belum tentu ada yang nak beli. Dari Kiri : Zaidatul Husna, Megat Faizal, Solehah, Chia Li, Ting Hong Aun dan Zul Jalaal Wali Kram


Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di SSM, Sitiawan (Masa ni belum bertolak pergi SSM lagi). Kami sempat berposing di bengkel. Dari depan : - Khairunnisa, Stin Gary, Zul Jalaal Wali Kram, Solehah. Dari belakang : - Mohd Shaherrwan, Ting Hong Aun, Tan Jee Suan, Cikgu Ashwani, Megat Faizal, Mohd Abd. Razi dan Teoh Pei Ji.


Sambutan Hari Sukan anjuran Sekolah Semangat Maju Sitiawan di padang SK St. Francis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)