Soalan Peribadi (Bahagian 17)
Jika Anda Bergaduh Dengan Rakan. Anda...^_^
- Silent treatment
- Menjauhkan diri
- Mengadu pada bestie atau kawan rapat
- Berbincang
Jika Anda Mempunyai Perpustakaan Peribadi ^_^
- Rak buku tersusun mengikut jenis buku, terbitan buku, penulis dan siri
- Berkonsepkan moden dan santai
- Yang mana sudah baca letak penanda
Pernahkah Anda Dibuli/Membuli? ^_^
- Ya, Pernah.
Pernahkah Anda Dirotan Semasa Zaman Persekolahan? ^_^
- Ya, Pernah.
Perkahwinan Impian Anda ^_^
- Bertemakan garden
- Menjemput ramai tetamu jemputan termasuk artis dan VIP
- Bersanding di tepi pantai
- Menjemput anak-anak yatim dan anak-anak tahfiz
- Menyediakan taman tema mini untuk kanak-kanak
- Berkahwin dengan seseorang yanga amat mencintai dan menyayangiku
- Warna tema turqoise dan putih
- Menu makanan kombinasi makanan tradisional perak dan johor
- Majlis perkahwinan bermula selepas asar dan sebelum maghrib
Jika Anda Berkahwin, Siapakah Yang Akan Menyediakan Perbelanjaan Untuk Kelengkapan Perkahwinan Anda? ^_^
- Kalau boleh biarlah aku sendiri yang sediakan, sebab yang nak kahwinnya aku bukan ibu dan ayah aku. Aku sebolehnya tak mahu menyusahkan mereka. So be independent :)
Pengembaraan Impian Anda ^_^
- Pengembaraan yang menakjubkan dan mencabar. (",)
Bilik Tidur Impian Anda ^_^
- A great computer set up
- TV besar untuk layan movie
- A large steam library
- A shelving unit or small bookcase for my novels and comics
- Bantal yang cukup
- Selimut yang sangat lembut
- Ruang bilik tidur yang besar
- Berkonsepkan aesthetic
- Dapur mini
- Lengkap dengan bilik air
- Almari baju yang besar
Ciri-Ciri Teman Lelaki Impian Anda ^_^
- Jujur
- Ikhlas menerima diri aku seadanya
- Setia
- Bercinta sekejap, terus masuk meminang. Tapi pastikan si dia berkemampuan sebab aku tak nak timbul masalah lain di kemudian hari.
- Berani jumpa ibu dan ayah aku
- Mudah mesra dengan keluarga aku
- Yang paling penting, sentiasa mengingatkan aku soal agama seperti solat, puasa dan sebagainya
Salun Kecantikan Impian Anda ^_^
- Ada service untuk rambut, muka dan urutan badan termasuk sauna, makeup, dan mandian
- Ada set untuk ibu-ibu berpantang dan bakal pengantin
- Hanya untuk muslimah sahaja
- Duti sekolah, cuti umum dan hari perayaan ada promosi
- Membership seumur hidup. Daftar percuma. Faedah :- collect point, 200pt ke atas boleh potong dari service yang di ambil
- Contoh :- rm 10 = 2pt. 200pt boleh tolak dari hair treatment dan body massage 1 1/2 jam = RM 185.
- Warga emas 60 tahun ke atas dan OKU adalah percuma.
- Membuat service kecantikan sambil beramal.
- Menjual produk kecantikan sendiri
Ulasan