Soalan Peribadi (Bahagian 22)
Pasangan Kurus Atau Gemuk? Mana Pilihan Anda? ^_^
- Pada tak kisahlah si dia kurus ke gemuk yang penting aku ikhlas menerima si dia dengan seadanya. Tapi kalau dia berniat nak diet atau menambahkan berat badan, aku akan bagi support (",).
Kisah Silam Si Dia...Adakah Anda Boleh Terima? ^_^
- Ya. Dengan syarat ada niat untuk berubah ke arah lebih baik.
Apakah Pendapat Anda, Bercinta Dengan Suami Orang? ^_^
- Buat perempuan, tak perlulah nak bercinta dengan suami orang. Jangan dilayan. Fikir nasib isteri dan anak-anaknya. Apa perasaan anda jika suami anda bermain cinta dengan orang lain? Macam tu juga perasaan isterinya. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Allah itu maha adil. Buat lelaki a.k.a suami orang, ingatlah isteri dan anak-anak anda di rumah. Si isteri setia dengan suami, sanggup berkorban untuk suami dan anak-anak tapi si suami sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Tak ada perasaan bersalah ke? Jangan terlalu mengikutkan nafsu. Pada aku, banyak keburukannya bercinta dengan suami orang ni sebab dah banyak kisah-kisah masalah rumahtangga yang aku dengar.
Kekasih Panas Baran...Adakah Anda Boleh Menerimanya? ^_^
- Tidak.
Adakah Anda Menganggap Diri Anda Seorang Yang Periang? ^_^
- Ya
Adakah Anda Menari Gila-Gila Apabila Tiada Sesiapa Yang Nampak? ^_^
- Ya. Saja nak enjoy, suka-suka :P
Adakah Anda Bahagia Dengan Kehidupan Anda Kini? ^_^
- Ya. Syukur alhamdulillah.
Adakah Anda Suka Meluangkan Lebih Masa Bersendirian Atau Dengan Orang Sekeliling? Kenapa? ^_^
- Bersendirian. Sebab boleh buat dan pergi ke mana sahaja yang aku suka, privasi dan selalunya nak release tension. Luangkan masa dengan orang sekeliling pun aku suka tapi tak ada siapa sudi nak luangkan masa dengan aku :(
Adakah Anda Seorang Yang Suka Bekerja Dengan Orang Atau Memilih Bekerja Di Syarikat Sendiri? ^_^
- Bekerja dengan orang
Sesuatu Yang Anda Rasa Menyesal? ^_^
- Bila tersalah membuat keputusan
- Bila tersalah membuat pilihan
Ulasan