Terasa Diri Di Hina
Hari ni aku perlu siapkan beberapa lagi kerja untuk Pameran di Sekolah Semangat Maju Ipoh untuk Perasmian Pembukaan TASKA. Dan yang paling best dirasmikan oleh DDYM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Aku perlu fokus untuk kerja-kerja ni. Tapi yang aku nak ceritakan di sini adalah bukan kisah pameran, tu hanya nak bagitahu sahaja. Apa yang aku nak ceritakan adalah...sebelum rehat tadi aku naik tingkat atas nak tangkap gambar anak murid aku: Solehah, Yew Kok Yong dan Tan Jee Suan. kebetulan bapa kepada seorang anak murid aku bertanya "Siti, Itu surat kwsp sudah buat ka??". Terus aku blurr bila masa pulak suruh aku buat surat kwsp??? Seingat aku tak ada. 'Surat yang mana ni uncle?' Yang bapa anak murid aku ni pun terpinga-pinga jugak tengok pentadbir aku, En Zainal. Lepas tu bapa anak murid kata aku sudah lupa. Aku ni dah banyak kerja nak buat lagi tambah dengan pertanyaan dia. Rupa-rupanya kate Cik Zainal, RESIT KWSP. Ooo cakapla resit, ni surat surat. Terus aku pergi ambil resit bapa anak murid tu terus bagi kat dia. Lepas tu aku cakapla, "Uncle, ni bukan surat. Ni RESIT.". Entah macam mana angin ribut mana terus serang aku. Marah-marah aku. Tak pernah-pernah kena marah dengan bapak budak ni. Tapi aku tak ambik port aku teruskan kerja mengambil gambar tanpa mempedulikan bebelan dia (masuk tandas siap henpas pintu). Aku buat dengar tak dengar, kalau dengar pun sakit hati buat apa. Dia kata aku kurang ajarla, tak hormat orang tua la, tak pernah jumpa cikgu macam nila bla bla bla. Cakap sikit dah sentap aku cakap sambil senyum kot, bende remeh jer pun. Orang RESIT dia cakap SURAT. Surat dan resit berbeza ye. Sudahlah kita ada kerja nak disiapkan, dia bagi blurr kat aku lagi. Tension gila jugak aku! Aku tak nak ingat apa yang dia cakap sebenarnya aku nak fokuskan apa yang aku perlu siapkan dalam keadaan yang sangat suntuk (16/6/2015 Majlis Perasmian). Elokla angin anak dia (anak murid) pun sama kepala angin dia jugak. Tiap-tiap hari datang bengkel mengamuk turun bawah (aku mengajar tingkat bawah budak-budak kraf) buat bising. kadang-kadang tension jugak. Bile suruh naik atas tak mahu. Di marah lagi teruk mengamuk, sampai kata aku: BABI! BODOH! Masa rehat pun macam tu, aku nak rehat sekejap pun tak senang. anak dia turun mengamuk jugak mulut pok pek pok pek bising. Kite ni nak rehat, nak tidurla sekejap...memang tak boleh! Bila mengadu kat bapa anak murid aku tu, dia boleh 'hehehehehehehe' Tegurla!. Ooo kite buat hal tau pulak dia bising kalau boleh 1 dunia nak dengar. Harta benda bengkel rosak punca anak diala angin. Patut anak-anak dia yang lain tak suka anak murid aku dengan bapa dia, anginnya ntah hape-hape.. Lepas aku kne marah terus aku cakap dalam hati aku tak maafkan dia kalau berbaik pun hanya lakonan semata-mata. Lagi satu dia marah aku sampai mengaibkan aku depan-depan anak-anak murid dan Cik Zainal. Sampaikan anak murid aku tanya 'Kenapa uncle marah cikgu siti??" aku cakapla tak tau. Perkara-perkara macam ni buat aku takkan lupa sampai mati!
Ulasan