Layan Wayang Masa Puasa

Bangun sahur terasa malas nak makan tapi ayah suruh makan gak takut aku sakit perut lagi. Lepas sahur terus aku tak tidur, layan game saja. Pukul 7.30 pagi, bersiap pergi kerja. Pukul 8.30 pagi, aku bersiap sedia dengan buku akaun dan resit pembayaran yuran, nanti senang ada ibubapa pelatih nak bayar (rutin aku setiap awal bulan). Aku datang saja tengok kat depan kaunter bundle ada sebundut pakaian orang bagi dan kat belakang pun ada berkotak-kotak. Mesti ada orang sedekah pakaian semalam masa aku dah balik. Yang aku anginnya, Cik Zainal letak kotak-kotak tu kat tempat orang perempuan solat. Dah letak situ macam mana kitaorang nak solat. Bingai! suka hati dia saja. Penat mengemas belakang masa dengan Marina dulu, dia pula nak menyemakkan lagi. Pukul 10 pagi, nampak gayanya tak ada sorang pun nak bayar yuran lagi. Sementara tak ada nak bayar yuran aku ambil masa menggantung pakaian yang orang sedekah tadi kat jualan bundle. Minta tolong budak-budak perempuan, daripada melopong saja. Mujur hari ni aku pakai t-shirt dan seluar trak, macam tau-tau saja aku. Lepas habis buat kerja mengemas dan menggantung pakaian, aku layan facebook dan youtube jap. Aku lupa nak bagitahu Cik Zainal pagi tadi yang aku nak balik awal lagi pukul 3 petang nanti. Aku cakap aku balik awal nak pergi bank tapi sebenarnya aku nak pergi tengok wayang kat Aeon macam selalu. Kebetulan ada cerita best kt TGV Cinemas Aeon, Seri Manjung, nak pulak masa hanya ada pukul 3.20 petang mula movie tu. Selalunya aku tengok wayang pukul 4 atau 5 petang, dan movie yang aku nak tengok tu hari terakhir pulak tu ceritanya. Dan movie yang aku nak tengok tu, Poltegiest (seram). Budak yang ibubapa ambil semua aku suruh telefon ibubapa diaorang. Pukul 12.30 tengahari, aku suruh budak perempuan mandi awal (rutin kitaorang lepas sesi mengemas, badan melekit dan berpeluh). Pukul 12.45 tengahari, bapak Gary bawa kawan-kawan gereja dia dan perkenalkan kat aku. Tak payah kau menyusahkan diri kau kenalkan kawan kau tu! tiba-tiba nak tunjuk baik pula! dengan aku masa tu pakai anak tudung saja (bersiap nak pergi mandi). Segan pun ada, si Gila tula masa nila nak kenalkan kat kawan bangang dia tu!! Pukul 1 tengahari, baru nak mandi bapak intan pula datang nak bayar yuran. Betul-betul potongla! pagi tadi tak datang bayar yuran. Suka macam tu, masa kita nak berehatla dia sibuk nak datang. Lepas mandi, layan youtube cerita Doraemon kejap. Pukul 2.55 petang, terus balik. Sampai jer Aeon lagi 5 minit nak pukul 3.20 petang beli tiket terus. Best jugala cerita tu, ia mengisahkan sebuah keluarga baru berpindah ke rumah baru. mereka tak tau rumah tu ada roh orang mati. Anak bongsu mereka, Madison ditarik roh orang mati dalam sebuah almari dalam bilik dia. Jadi dia terperangkap, keluarga dia cuba nak selamatkan Madison dan nak keluarkan dia. Rupa-rupanya rumah baru yang mereka pindah tu adalah tapak tanah perkuburan, orang kata mayatnya dah dipindahkan rupa-rupanya tak cuma batu nisan sahaja dipindahkan. Poltegiest tu maksudnya roh yang suka buat bising, mengalihkan barang dari tempat asalnya. Baru aku tau. Habis pukul 5 petang, terus pergi Popular beli komik Lawak Kampus jilid 16 dan 17. Sampai rumah layan komik dan tertidur, mengantuk gila tak sedar pukul 7.15 baru bangun. Berbuka aku hanya makan mihun goreng Iwan punya dan air masak saja. Lepas tu sambung baca komik, tertidur memang tak ingatla. Sedar-sedar dah pukul 11 malam, dengan tak mandinya. Mana taknya semalam tak cukup tidur 3 jam saja. Lepas sahur tak tidur dah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)