Potong Mood Aku!

Pagi-pagi aku dah sakit perut. Datang bengkel aku nampak Solehah dan Khairunnisa tutup pintu bengkel terus naik atas. Aku fikir adalah En. Zainal tu nak cakap apa-apa dengan pelatih. Tak kisahlah aku pun macam biasa buka sikit sahaja pintu. Sempatlah breakfast sekejap. Aku tengok jam dah nak pukul 9 pagi, tak nak turun ke lamanya?? Aku buka CCTV tengok pelatih kelas aku rupanya melepak lagi kat atas. Aku pun panggil mereka, bising juga aku. Duduk atas bukan main laju tadi tak nampak ke aku datang, mati-mati aku ingat Solehah nak panggil pelatih bawah turun. Aku sambung breakfast nasi lemak, entah macam mana En. Zainal turun bising kat aku balik tanya kenapa aku marah-marah? Perangai tu jaga sikit? Berdiri betul-betul sebelah aku tengah nak makan. Elok dia bising, terus bungkus nasi lemak bawa ke belakang. Marah-marah aku depan rezeki masa nak makan, elok ke? Dia kata aku sampai tak buka pintu, nak bagitahu Mr. Khaw pasal akulah, parent komplen pasal akulah, pelatih pun banyak komplen kat dia pasal akulah. Macam dah tak ada modal dah ayat dia! Lepas dia menyalak tu, terus hilang nafsu aku nak makan. Memang tak ada selera, mood aku down terus buang dalam tong sampah. Hei orang tua! kau datang awal apa pasal kau tak buka pintu?! Dasar pemalas!! Kau nak aku datang bengkel awal sebelum kau sampai ke?! Banyak cantik muka kau!! Dah tau aku datang, suruhlah budak bawah turun bangang! Kau nak bagitahu Mr. Khaw pasal aku, bagitahulah ada aku kisah ke?!! Kau tu memang kaki ugut!!! kaki ungkit!! Manjakan sangat budak, tu yang budak banyak pijak kepala aku tu!!Tunggu jadi arwah saja! Bebal punya orang tua!! Hidup menyusahkan aku saja!! Tak sedar diri!! Memang aku pun tak ada mood nak layan pelatih aku, semedang aku sibukkan diri aku dengan kerja-kerja aku sahaja. Buat bodoh sahaja, dah pukul 9 lebih tak bergerak-gerak nak juga tunggu aku cakap mana aku tak bising. Tak reti nak angkat meja buku letak kat luar. Inilah hasil didikan orang tua nak mampos tu!! Masa nak telefon Mr. Muni untuk buat pembayaran esok, orang tua tu pula pakai telefon bengkel nak telefon ahli jawatankuasa BPSMS. Aku terfikir kalau telefon atas dah boleh dial kenapa tak telefon bini dia sendiri tanya pasal jumlah pelatih makan? Nampak sangat nak menyusahkan aku!! Dahlah tak ada mood nak makan, perut aku lagi sakit itu pun aku gagahkan diri juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)