Jamuan Hari Raya Di Taman Melati

Tengah sibuk melipat baju, ibu telefon ajak pergi jamuan hari raya di Surau Taman Melati. Aik! aku ingatkan semalam, hari ni rupanya. Dah ibu ajak bergegas aku bersiap. Main rentap mana-mana baju kurung yang ada, tudung pula masalah tak tau nak pilih mana. Biasalah perempuan. Siap, terus aku dan ibu ke Surau. Tak ramai yang datang, kami duduk sekali dengan seorang jiran kawan ibu aku juga. Tahun ni buat kecil-kecilan sahaja. Masa nak menjamu selera aku makan mihun sup, roti jalan dengan rendang dan air sirap sahaja. Dah lama aku tak makan roti jala. Kata ibu, Rabu ni ibu buat roti jalan dengan kuah durian. Pergh! itu yang aku nak dengar tu, boleh kecur air liur aku mana taknya favorite aku tu. Dan aku tengok, penduduk Taman Melati banyak orang-orang baru. Yang tak pernah aku nampak. Dalam pukul 10 malam, baru kami balik kebetulan ibu pun nak jahit baju dia untuk jamuan hari raya di Lumut Port untuk jemputan PDK Nur Hidayah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)