Soalan Peribadi (Bahagian 30)

Adakah Anda Menjerit Di Atas Roller Coasters? ^_^
  • Tidak.
Apakah Perasaan Anda Bila Pasangan Anda Berada Di Tempat Yang Sangat Jauh? ^_^
  • Rindu sangat hanya Allah SWT sahaja yang tahu :*)
Adakah Anda Makan Makanan Ringan Setiap Hari? ^_^
  • Tidak. Makan tiap-tiap hari tak elok untuk kesihatan. Sekali-sekala tak apa.
Adakah Anda Percaya Yang Anda Akan Berjumpa Dengan Jodoh Anda? ^_^
  • Ya. Percaya, Insyallah suatu hari nanti.
Apakah Jenis Kawan Yang Anda Mahu Jadikan Kawan? ^_^
  • Pandai jaga rahsia
  • Jenis tak cakap belakang
  • Pendengar yang setia
  • Membantu kawan yang dalam kesusahan
  • Sentiasa ingat kawan walaupun dah ada kekasih atau dah berkahwin.
  • Tak kuat drama
Adakah Anda Suka Membaca Novel Atau Komik? ^_^
  • Novel
Adakah Anda Menyifatkan Diri Anda Berfikiran Terbuka? ^_^
  • Ya
Pernahkah Anda Menulis Surat Cinta? ^_^
  • Tak pernah.
Adakah Selebriti Layak Dijadikan Idola Untuk Generasi Anda? Kenapa Atau Kenapa Tidak? ^_^
  • Pada aku, ada sesetengah selebriti tak layak dijadikan idola. Mereka yang tampil dengan imej baru. Kalau dulu mereka dikenali dengan imej seksi, menggoda dan penuh glamor, sekarang imej mereka penuh bersopan, bersih dan sejuk mata memandang. Ada sesetengah selebriti juga sudah mendapat hidayah daripada Allah. Bahkah ada di kalangan mereka sudah menjadi pendakwah agama. Bukan semua pihak dapat menerima perubahan imej mereka dan ada pihak yang mendakwa bahawa mustahil seorang artis itu boleh berubah dan meninggalkan godaan dunia seni yang penuh glamor, kemasyhuran dan kemewahan. Jadi, jika benar seseorang artis itu boleh menghadapi 'godaan' dunia seni dan bersedia meninggalkan kehidupan yang penuh glamor setelah mendapat hidayah Allah sehingga sanggup mengubah gaya hidup mereka ke arah kebaikan, maka mereka yang macam ni seharusnya diangkat sebagai idola kepada masyarakat. Bayangkan lagak seseorang artis yang sedang melompat di atas pentas, sambil mengalunkan muzik yang mengkhayalkan sampikan melalaikan orang, adakah masih nak dijadikan idola? Seorang artis yang mengalun-alunkan nyanyian yang melalaikan, mengajak manusia ke arah kehinaan, disanjung oleh peminat-peminat. Simptom kebodohan melampau yang mengganggu minda manusia sekarang dah tak dapat dibendung. Apakah yang ada pada seseorang artis sehingga diagung-agungkan oleh para peminat, adakah kerana perwatakannya yang mengajak kita lebih  mendekatkan diri kepada Allah? Adakah dengan muzik cinta dapat menginsafkan kita? Adakah ia mengajak kita untuk mengingati Allah? Sehinggakan poster-poster artis ditampal memenuhi ruang bilik. Setiap kali sejadah dijunjung untuk beribadah, muka-muka artis tertampal di mana-mana. Tak cukup dengan tu, gambar artis dijadikan wallpaper laptop mahupun screen saver. Tanpa kita sedar, kita telah menjadikan seseorang artis itu seorang yang agung di mata hati kita. Setiap kali diadakan konsert, kita yang akan menjadi penontonnya. Secara langsung mahupun tidak langsung, bersorak-sorak. Berebut-rebut untuk mendapatkan autograf si artis lalu dibangga-banggakan kepada kawan-kawan yang lain. Jika orang seperti tu yang kita bangga-banggakan, tahap pemikiran kita sememangnya paling rendah ibaratnya kita menyokong perbuatan mereka yang melalaikan itu. Aku ingat kata ibu aku, artis kalau balik dari mekah perangai tetap sama tak ada perubahan sebab nak ke sana pakai duit tak halal (hasil duit hiburan). Jadi fikir-fikirkanlah dan sama-sama muhasabah diri.
Pukul Berapakah Anda Dilahirkan? ^_^
  • 4.15 petang (hari jumaat).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)