Soalan Peribadi (Bahagian 31)
Adakah Anda Masih Berhubung Dengan Bekas Kekasih Anda? ^_^
- Tidak lagi.
Adakah Anda Pernah Mimpi Berulang? Apakah Yang Berlaku? ^_^
- Tak pernah lagi
Pernahkah Anda Mengalami 'Dejavu'? ^_^
- Pernah. Banyak kali kena. Pada mulanya, ingat yang aku ni ada kelebihan istimewa yang Allah SWT beri. Rupa-rupanya tak, ramai yang pernah alami macam aku juga. Bila aku mimpikan sesuatu tempat atau kejadian, di alam realiti aku jadi pelik gila tetiba terasa macam pernah pergi tempat tu atau terjadi kejadian tu tapi tak berapa ingat. Cuma aku fikir mungkin semasa bermimpi. Pernah juga aku mimpi berbual dengan sesorang, di alam realiti jumpa seseorang (yang sama dalam mimpi) dan berbual tetiba terasa macam pernah terjadi. Macam tula. Semua ni normal ke? Aku nak tau tu saja.
Adakah Anda Percaya Setiap Mimpi Mempunyai Maksud Tersirat? ^_^
- Tak semua mimpi ada maksud tersirat. Ada sesetengah hanya mainan tidur. Wallahualam.
Adakah Anda Biasa Lambat, Awal Atau Tepat Pada Masanya? ^_^
- Kadang-kadang aku on time. Tengok keadaanla.
Adakah Anda Memakai Barang Kemas Yang Banyak? ^_^
- Tidak. Tak minat pakai barang kemas banyak, nanti kena rentap sapa yang susah (",). Pakai cincin atau rantai cukupla.
Adakah Anda Menggunakan Tangan Kanan Atau Kidal? ^_^
- Tangan kanan.
Pernahkah Anda Mempunyai Kawan Imaginasi Semasa Kanak-Kanak? ^_^
- Tak Pernah
Pernahkah Anda Mempunyai Dendam Yang Hebat Pada Seseorang? ^_^
- Pernah.
Ceritakan Makna Sahabat Baik Pada Anda? ^_^
- Kawan baik pada aku, dia sanggup susah senang bersama. Sentiasa memahami. Tak pernah jemu menasihati, memberi pendapat. Menerima kekurangan sahabat dengan hati terbuka, Ikhlas dan jujur. Dan yang paling pentiang sentiasa mengingati sahabatnya walaupun dimana jua dan sudah mempunyai pasangan hidup.
Ulasan