Hairee Cari Pasal Lagi
Pukul 9 pagi, aku mula siapkan laporan mesyuarat dan laporan tahunan sekali. Jadi pagi tadi aku betul sibuk gila. si Hairee pagi-pagi dah kacau aku. Call aku bagai. Katanya ada hal nak bagitahu, tengahari dia nak balik KL nak ambil mak dan adik dia kat airport. Diaorang sampai airport pukul 7 petang. Lepas tu katanya dia nak pinjam duit aku lagi RM 30 buat isi minyak. Aku dah agak dah. Dah tak ada kerja lain ke minta duit aku? Apa punya jantan aku pun tak taula. Buat malu jadi jantan! Aku betul-betul sibuk gila hari ni itu jam nak pinjam duitla itulah inilah. Asal call aku mengeluh duit tak cukup nak balik KL, sampai aku terpaksa kepit handphone aku pakai bahu sambil tangan menaip. Akhirnya pakai loudspeaker habis cerita. Sudahlah begitu bila call kata 'tak apalah buatla kerja tu, nanti b call balik." lepas tu letak phone. Buang masa aku angkat phone saja. Kadang dia call aku malas nak angkat. Laporan mesyuarat dan laporan tahunan aku dah siapkan. Mujur laporan tahunan aku kena buat yang carta-carta ahli jawatankuasa dan senarai pelatih. Bab gambar aktiviti-aktiviti pelatih dan gambar produk dari bengkel Kak Mahani yang buat, selamat aku. Kalau tak...jenuh. Tak sempat nak rehat kejap orang tua tu suruh aku buatkan apa yang Miss Lai nak semalam pula. Call pula En. Munisamy untuk claim payment dia kata tak dapat datang pula. Adoii sudahlah KWSP esok last. Pukul 12 tengahari, baru si Hairee senyap lega sikit aku nak buat kerja pun tak senang. Pukul 1 tengahari, aku sempat tidur sekejap letih sey non-stop buat kerja. Pukul 2.45 petang, En Leong pula datang nak bagi duit jualan food charity hari tu. Dapat duit tu terus aku tolak duit jualan kraft dan jualan sos cili ibu. Aku sambung buat kerja tinggal lagi sikit. Pukul 4 petang, kerja aku semua dah siap tinggal nak pergi CC print out dan fotostat. Aku buka whatsapp, ibu whatsapp aku ajak makan kat Padang Tembak, Lumut. Alamak...ibu ajak lepas solat Asar. Aku minta ibu tunggu kejap aku ingat nak print out saja, esoklah baru fotostat. Lepas tu ibu cakap, kalau aku sibuk tak apa lain kali saja. Nasib baiklah juga, kalau dah ibu cakap macam tu maknanya aku terus pergi CC la.jawapnya. Masa kat CC pukul 6 petang tengah syok download lagu, si Hairee call. Dia marah-marah aku lagi, maki hamun bagai. Aku tak bagitahu dia yang aku pergi CC pun jadi punca. Dia maki aku pasal stress tak jadi balik KL ambil mak dia, bukan stress tu saja katanya macam-macam masalah dia ada. Dia fikir aku macam tak nak tolong dia masa tengah terdesak. Nak tolong macam mana aku bukan ada duit, kalau ada pun aku pun nak guna untuk balik kampung hujung bulan ni. Ingat aku balik kampung pakai daun ke?! Dia suruh aku keluar dari CC cakap kat luar. Dia bising yang mak dia tak sihat, katanya 'kalau mak ko mati mesti kau pergikan?! Kau duduk dengan mak bapak bolehlah, aku ni duduk jauh dari mak aku balik pun jarang!! bla5x' Aku risau beg duit aku kat dalam hilang masuk balik dalam CC. Aku jadi tak selesa bila dia ganggu masa aku tengah kerja. Cepat-cepat aku pergi bayar dan keluar nak pergi kedai fotostat. Entah bilalah si sengal ni sudah menyalak depan aku naik menyampah aku dibuatnya. Dia suruh aku tunggu kat CC kata nak jumpa, lepas tu suruh aku tunggu kt kedai fotostat pula. Dia tanya aku kedai fotostat, aku cakap kat Manjung. Dia cakap 'Taulah Manjung, Manjung kat mana bodoh?!!" Ini kalau bercakap dengan dia pun tak sudah lagi alamatnya kedadi fotostat tutupla jawapnya. Aku bengang letak terus telefon. Aku biarkan handfhone aku melalak dalam poket, aku tau dia call aku banyak kali. Bodoh punya jantan takkan aku tengah bawak motor nak angkat phone, cakap lagi aku bodoh dia pun sama juga 2x5. Dari aku layan perangai setan dia tu baik aku selesaikan kerja aku ada juga faedahnya, selesai fotostat laporan aku terus balik rumah. Masa nak balik rumah kat simpang u-turn depan McD motor aku tiba-tiba berhenti lepas tu tak boleh start pula. Adooii masalahlah...Mujur tak jauh dah dari rumah terpaksalah usung juga. Tak sempat nak usung sampai ke rumah ada seorang hamba Allah ni datang tolong aku sorongkan motor sampai ke rumah. Kebetulan dia pun orang Taman Melati juga, Alhamdulillah lah. Dia duduk kat belakang kedai area padang bola. Sampai rumah, aku bagi ibu duit jualan sos cili. Aku cerita kat ibu yang motor aku buat hal lagi. Ibu ada belikan aku laksa dan cendol COD. Aku makan sikit saja laksa. Masa kat dalam bilik si Hairee call aku banyak kali bila aku angkat masih sama juga duk maki hamun, marah-marah macam orang gila. Dia kata kenapa tak tunggu dia datang, kan suruh tunggu kt CC tadi? Bodoh apa dah pukul 7 lebih nak suruh tunggu entah betul ke tak dia datang. Sekali tunggu tak datang-datang juga, dia tu kalau cakap serupa tambi. Kejap cakap macam ni, kejap cakap macam tu. Naik rimas aku dengan dia. Akhirnya, aku terus letak phone mesej biasa kat dia suruh dia bertenang dulu dah bertenang baru cari aku. Aku tak nak dengar jerit pekik dia tak tentu hala tu. Aku betul-betul tension dengan dia, bulan lepas pun bergaduh bulan ni pun nak ajak bergaduh juga ke? Lama-lama aku naik bosan, menyampah, meluah, benci. Itu hari bukan main manis lagi, cakap bulan ni tak online whatsapp dan tak nak bergaduh. Sekarang apa cerita? Aku berani kerat jari bulan-bulan seterusnya pun macam ni juga. Dia punya masalah nak heret aku sekali, hidup kalau tak menyusahkan aku memang tak sah. Sudahlah begitu nak control pula hidup aku, dia tu siapa setakat boyfriend saja pun. Bukan laki aku, belum jadi laki dah tunjuk perangai macam ni. Elok buang saja telur tu kasi anjing makan!! Geram pula aku. Nak tunjuk berani tapi dalam masa yang sama tunjuk macam orang tak ada maruah. Lepas Isyak, aku sambung makan laksa balik dan minum cendol. Sebelum tu ayah dah ada kat rumah, aku cerita pasal motor buat hal tadi. Aku dan ayah pergi cuba start balik motor memang tak nak jalan juga. Terpaksa bawa bengkel esok juga, spark plug masalah lagi. Lepas makan, macam biasa aku siapkan jahitan nak layan movie. Bila aku pasang portable hardisk aku, tak boleh nak connect. Puas aku buat tetap tak boleh, aku dah mula risau apa pasal pula ni? Lepas 1, 1 masalah lah...
Ulasan