Malam Yang Bosan
Pukul 1.30 pagi, Hairee call aku lepas aku off FB. Aku dah nak tidur, sibuk baru nak call bagai. Hairee tanya aku chat dengan siapa? Nampak online tapi tak balas chat dia. Aku malas nak balas chat dia sebenarnya. Hairee macam tak puas hati pasal dia nampak aku kejap online kejap offline, asyik tanya saja aku chat dengan siapa? Aku mula rimas dengan sikap curiga dia tu. Bila dia dah macam tu anginlah apa lagi, aku cakaplah online tadi pukul 11.15 malam tengok dia tak online pun. Pukul 11.45 malam, pun online lagi masih tak online akhirnya aku chat cakap kalau sibuk tak apalah terus aku offline. Malam tadi dia juga yang ajak chat kt FB pukul 11 malam. Hairee cakap dia sibuk ada banyak kerja dan tak sihat la apa la. Fed up aku! Dah tau sibuk, tak sihat gatal ajak aku chat pukul 11 malam buat apa? Pukul 12 tengah malam aku online pun sekejap pasal nak tengok dia balas chat aku ke tak, bila nampak dia balas terus aku offline. Dah jadi macam tu suka hati dia nak tuduh-tuduh aku chat dengan orang lain. Siapa tak sakit hati?! Lepas tu nak cover line pula dia kata hanya tanya saja tak marah pun. Bila macam tak percaya dia ugut nak buka facebook aku. Aku cakap nak buka ke nak tutup ke terpulanglah aku dah malas nak fikir. Dia punya FB aku tak terhegeh-hegeh pun nak buka bagai apatah lagi minta username dan password FB dia. Aku ni bukan macam dia. Kalau dia bagi pun aku tak ingin nak buka FB dia buat sakit hati saja, betina mana entah bersepah dalam friendlist dia. Nanti bila aku masuk profile FB dia, tak memesal cari gaduh semua betina dalam tu pula. Agaknya si Hairee nak pujuk aku tanya nak kredit ke sebab dia baru topup RM10. Aku cakap kredit tak ada, Hairee nak sharekan topup untuk aku. Aku tak ada mood nak cakap lama-lama dengan dia, aku cakap nak tidur mengantuk. Tak cakap banyak terus letak telefon. Pukul 7 pagi, 2 kali Hairee call aku sengaja tak angkat. Malas, sakit hati dan tak ada mood. Aku pergi kerja langsung tak bagitahu dia, lantaklah. Dari pagi sampai petang aku siapkan kerja-kerja aku sebelum cuti hari khamis. Aku ingat hari ni nak belanja budak kelas aku makan McD celebrate hari jadi Shah, banyak kerja pula nak siapkan tak jadilah. Pukul 2.30 petang, Solehah buat perangai lepas rehat turun lambat, lepas tu kejap nak naik turunlah, minta Pei Ji panggilkan Am lah. Aku apalagi bisinglah, tak serik-serik lagi kena marah dengan orang tua tu dan Cikgu Mahani lagi buat perangai. Aku naik atas tanya Am apa yang dia buat dengan si Solehah tu? Kata Kak Mahani, kes cemburu Am tak suka Solehah layan Chiang. Si Am pula tak nak bercakap dengan Solehah. Kata Kak Mahani lagi, bapa si Am dah mengadu yang Solehah asyik call si Am. Adui...letih aku dengan perangai bebudak. Datang bengkel nak bekerja ke nak menggatal? Bila marah, melawan balik. Entah macam mana kepala aku sakit pula. Dahlah tak makan dari pagi tadi. Sebelum balik, aku ada mesej si Hairee kata nak pergi CC buat kerja. Pukul 4 petang, ayah ajak pergi bengkel motor pula tukar minyak hitam motor aku. Pukul 4.30 petang, baru gerak pergi CC tapi sebelum masuk CC aku beli roti kat kedai bakery sebelah CC buat pengalas perut, lapar betul dengan sakit kepalanya. Pukul 5.15 petang, ibu pula call minta aku belikan KFC. Adui...potong betullah, tadi tak nak cakap awal-awal aku tengok syok download movie itu jam suruh beli itulah beli inilah. Pukul 6.30 petang, baru aku balik sebab tunggu habis download movie punya pasal. Bila sampai rumah minta duit nak beli KFC ibu kata tak payah dah lambat. Dah lambat apanya baru 6.30 petang. Tadi tak nak cakap, buang masa betul. Terpaksa aku keluar balik pergi bank cucuk duit dan isi minyak. Selesai sampai rumah, aku telan panadol kepala aku makin sakit. Aku rasa darah tinggi aku naik lah. Mujur ayah pergi surau hari ni, aku tidor dan rehat sekejap. Pukul 8 malam, bangun tidur nak mandi sakit kepala tak hilang makin sakit berdenyut adalah. Lepas mandi, ingat nak sambung tidurlah sekejap pukul 10 malam nanti bangun. Pukul 10 malam, sambung layan movie cerita Final Destination 3. Bosan pula ulang tengok citer movie ni sempat layan facebook kejap. Tak taulah kenapa hari ni aku rindu pula dengan dia. Bila terngiang-ngiang suara dia, aku menangis. Entahlah...apa kena dengan emosi aku sekarang. Bosan dan rindu bila dia tak contact. Hari tu beria tak nak simpan rindu kat dialah, nak buang rasa sayang, cinta kat dia jauh-jauhlah. Bila Hairee sibuk dengan kerja jarang contact aku, itu jam nak rindu dia pula. Bila aku chat dia kat facebook, dia bagitahu dia tengah layan anime. Ya Allah...hampeh punya boyfriend! Penting anime sampai lupakan aku ni. Dibiarkan aku sorang-sorang...Apalagi aku merajuk, malas nak layan buat sakit hati saja. Off balik facebook.
Ulasan