Soalan Peribadi (Bahagian 35)

Pernahkah Anda Terjumpa Dengan Sesiapa Yang Terkenal Sebelum Ini? ^_^
  • Pernah. Seorang artis. 
Adakah Anda Seorang Yang Positif Atau Negatif? ^_^
  • Kadang-kadang positif, kadang-kadang negatif
Dalam Keluarga Anda, Adakah Mempunyai Apa-Apa Tradisi? ^_^
  • Huurrm...Rasanya tak ada :)
Bolehkan Anda Jelaskan Cinta Dengan Cara Anda Tersendiri? ^_^
  • Cinta itu unik, sangat luas pengertiannya. Cinta ibarat pelangi. Segalanya-galanya nampak indah. Tapi bila pelangi hilang maka hilang keindahan. Kalau nak nampak 'pelangi' sentiasa indah tanamkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain, sentiasa jujur, setia, sentiasa disisi tika susah dan senang, menghormati perasaan dan 'pelangi' akan sentiasa indah malah lebih bercahaya.
Pernahkah Anda Mencuba Urutan Thai? ^_^
  • Tak pernah tapi teringin nak cuba. 
Adakah Anda Memilih Ikut Kata Hati Atau Akal? Nyatakan Alasan Untuk Jawapan Anda? ^_^
  • Selalunya aku ni terlalu ikutkan hati 
Adakah Anda Mempunyai Musuh? ^_^
  • Ya.
Dalam Pelajaran Atau Pekerjaan, Adakah Anda Mampu Bekerjasama Dengan Orang Yang Anda Tak Suka Atau Musuh? ^_^
  • Tak mampu. Sebolehnya aku nak keluar dari kumpulan. Tak suka tengok muka dia! Tapi kalau dalam keadaan terdesak atau terpaksa, aku akan pentingkan diri. Ikut cara sendiri. 
Adakah Anda Mempunyai Haiwan Peliharaan Semasa Zaman Kanak-Kanak Anda? ^_^
  • Tidak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)