Soalan Peribadi (Bahagian 36)
Di Manakah Tempat Yang Istimewa Di Mana Anda Akan Pergi Untuk Bersendirian Di Zaman Kanak-Kanak Anda? ^_^
- Dalam bilik. Tak pun kat tepi parit taman bunga (sekarang dah tak ada lagi).
Adakah Anda Tidur Dengan Permainan? Apakah Ia? ^_^
- Teddy bear kesayangan
Apakah Cita-Cita Yang Anda Impikan Semasa Zaman Kanak-Kanak Apabila Dewasa Nanti? ^_^
- Doktor
Bagaimana Ibubapa Anda Bertemu? ^_^
- Ibu dan ayah aku ni sepupu. Kata ibu dan ayah, mereka pernah bermain bersama-sama dengan sepupu yang lain masa zaman kanak-kanak. Ada juga ibu bagitahu yang dia dan ayah pernah dating masa zaman muda di suatu tempat di Batu Pahat, Johor.
Ceritakan Percutian Sempurna Anda? ^_^
- Bercuti di Langkawi. Aku pergi dengan saudara mara belah ayah. Bapa saudara bawa kami jalan-jalan ke sana dan itulah kali pertama aku naik feri. Memang seronok sangat. Kami ada pergi melawat muzium Beras Terbakar tak silap akulah. Lepas tu yang paling best melawat muzium Mahsuri, siapa tak tau sejarah cerita Mahsuri. Aku suka melawat muzium. Tak lupa ada singgah kedai jual kraftangan, adalah aku beli. Itulah percutian sempurna aku walaupun pergi balik hari.
Adakah Anda Mengumpul Apa-Apa? ^_^
- Ya, sticker.
Adakah Mana-Mana Kawan Yang Membuat Anda Menangis? ^_^
- Ya, ada
Adakah Anda Akan Memberi Peluang Kedua Dengan Mudah? ^_^
- Dulu ya, sekarang tidak lagi. Aku kena lebih berhati-hati dan berfikir dulu untuk bagi peluang kedua. Tak semua orang mampu ubah untuk jadi lebih baik apabila diberi peluang kedua.
Pernahkah Ibubapa Anda Tidak Menerima Perhubungan Anda Dengan Seseorang? ^_^
- Ya, pernah. Sebab masa tu aku masih belajar di kolej dan mungkin disebabkan si dia bekerja sebagai Postman.
Adakah Anda Sukakan Diri Anda? ^_^
- Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan begitu juga aku. Terima dengan hati terbuka, bersyukur dengan diri sendiri dan kekurangan yang ada aku percaya Allah SWT sayangkan aku.
Ulasan