Soalan Peribadi (Bahagian 37)

Anda Biasa Melukakan Hati Atau Hati Terluka? ^_^
  • Hati terluka...(-_-)
Adakah Anda Suka Memasak? ^_^
  • Memasak memang tak minat tapi teringin nak belajar memasak. Aku tak kisah orang nak kata aku anak dara tak pandai masak ke apa ke, yang penting aku ada keinginan nak belajar memasak.
Pernahkah Anda Buat Sesuatu Yang Anda Tidak Mahu? ^_^
  • Pernah
Adakah Anda Tinggal Bersendirian? ^_^
  • Tidak. Tapi teringin nak duduk sendirian.
Adakah Anda Mempunyai Alahan, Jika Ada Apakah Ia? ^_^
  • Ya, alah dengan habuk. Sebab aku ada penyakit resdung.
Jus Buah-buahan, Minuman Bergas Atau Kopi? ^_^
  • Jus Buah-buahan dan Kopi
Adakah Anda Suka Kawan Lelaki Atau Perempuan Di Sekolah Atau Di Dalam Kelas Anda? ^_^
  • Masa zaman sekolah lebih senang berkawan dengan perempuan sebab kawan lelaki sekelas suka buli orang lemah macam aku. Kalau masa belajar di Kolej, suka kawan dengan lelaki sebab majoriti kami sekepala.
Bagaimana Anda Dan Sahabat Baik Menjadi Kawan? ^_^
  • Kami berkenalan semasa di sekolah, IKM dan Kolej. Masa di sekolah, aku yang minta nak jadi bestfriend dia memandangkan kami memang dah rapat. Di IKM dan Kolej, kami sekepala walaupun berlainan jurusan.
Terangkan Prinsip Kerja Anda? ^_^
  • Buat kerja mesti amanah
  • Siapkan kerja tepat pada masanya.
Bolehkah Anda Menyimpan Rahsia? ^_^
  • Ya, sudah tentu boleh. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)