Jumpa Sahabat Baik Di Pasar

Pukul 5 petang, aku pergi pasar dengan ayah dan Iwan. Tapi aku sampai dulu kat pasar park kt Giant, ayah aku macam biasala bawa motor lambat. Sementara tunggu ayah aku jalan-jalan dulu. Baru nak jalan-jalan aku ternampak sekumpulan awek Kamdar. Dan yang buat aku gembira Abby pun ada sekali alang-alang aku tegur Abby. Kami sembang kejap lepas tu abby minta nombor telefon aku. Aku pun bagilah, lepas tu aku sambung jalan-jalan. Aku ingat nak beli ice blanded tekak aku pun dah haus ni. Aku tengok banyak gerai macam baru nak bukak, tak jadi aku beli. Pergi balik kat Giant tunggu ayah. Lama gila, tak kan tak sampai-sampai aku pula dah panas gila ni. Agak beberapa minit baru ayah sampai, ayah bagi aku RM10 suruh aku beli apa yang aku nak. Jadi aku pun pergi jalan asing-asing. Aku beli ice blanded dulu, aku ingat nk order Choclate + Mocha. Lepas tu fikir-fikir balik asyik perisa tu sahaja akhirnya aku ambil perisa Choclate + Pappermint (dua2 perisa tu aku suka). Lepas tu pergi cari ayah pula. Dekat pasar pun ada orang jual anak arnab, comel gila. Sebelum balik aku nak beli nasi lemak kat mak cik yang jual nasik lemak kat Padang Tembak tu. Tapi ayah pula tak nak ikut jalan tu sebab nanti bertembung dengan cikgu Iwan. Alasan segan nanti iwan minta air kat cikgu dia. Ayah suruh aku beli nasi lemak yang dekat dengan kawasan pasar. Aku cakapla tak nak aku nak nasi lemak mak cik tu juga. Akhirnya aku malas nak beli nasi lemak, lepas tu ayah suruh aku pergi beli sendiri kat tempat mak cik tu. Aku dah tak ada mood nak beli tak jadi juga beli. Aku ajak ayah balik sahaja, malas nak beli. Tak kan pasal cikgu Iwan pun sampai tak pergi...yang cikgu Iwan pun satu pergi tegur Iwan kenapa. Bengang betul akulah!! Akhirnya ayah beli juga nasi lemak kat mak cik lain. Aku dah cakap tak nak tu tak naklah tak paham bahasalah ayah aku ni. Tengok lauk makcik tu pun buat aku tak berselera. Tension betul aku! Beli makanan yang aku tak suka. Masa nak balik motor aku pula buat hal tak nak hidup. Malam, aku makan kerepek dan aku ingat nak buang sahaja nasi lemak tu. Bagi ibu sahajalah, tak payah buang. Aku makan separuh sahaja, aku dah jangka memang tak sedap nasik lemak mak cik tu. Lepas tu, pukul 9 malam, aku tolong ibu basuh kain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)