Kena Kondem Lagi?!?!
Hari tu aku online laman sosial Virtual Friends (VF), aku tengok thread kawan-kawan VF yang aku join hari itu. Sekali aku tengok si Ninja b*b* tu macam perli kat aku tu. Memang kena lagila aku kan. Nasib baik aku open account baru dan tak letak gambar. Tapi aku tetap tak berpuas hati dengan mamat tu. Dahla perli aku, over pula tu walhal thread tu bukan dibawah dia maksud aku bukan dia yang buat thread tu, orang lain yang buat. Lepas tu nak tunjuk bagus pula. Ayat dia macam ni...
"Kalau nak melenting baik tak payah mintak pendapat. Ada baiknya kau mintak pendapat kawan-kawan yang kau percaya sahaja, mintak pendapat public mengenai rumahtangga orang lain nampak macam tak kena secara adab. Ape lagi secara public yang banyak buruk dari baiknya. Cuba juga bertanya-tanya pak-pak ustaz mak-mak ustazah, elok ka cara ni? Kena ka caranya? Aku nasihat atas tiket budaya negatif masyarakat kita yang nak buat baik tak kena cara. Jadi kena berhati-hati dengan cara kita. Katak di bawah tempurung lagi baik dari katak yang terdedah yang sampai lupa garis panduan adab-adab sebagai orang Islam dan Melayu.."
Kadang-kadang tension dengan mamat sialan ni! Menyampah aku!
Dah 2 kali tu dia buat aku macam ni. Tahun lepas pun ada juga. Aku tengok dah tukar pula lokasi Pahang pula. Tahun lepas aku tengok Penang. Berapa banyak tempat entah mamat sialan tu! Apasal takut orang yang tak puas hati cari kau ke?! Yang aku hairan bila aku komen ada sahaja tak kena, kalau orang lain fuh! manis-manis belaka ayat tak ada pula nak sound ke kondem ke apa ke. Aku pun tak tahulah sama ada aku yang salah atau dia yang tak betul atau ahli-ahli laman sosial VF ni tak sporting? Nak bagi pendapat kena yang serius-serius, kalau tak serius kena macam tadilah kena bahan, perli, kutuk dan seangkatannya. Aku pun nak balas juga komen si Ninja b*b* tu
"Wei! kau tak payah tunjuk perasan baguslah! Meluat aku dengan kau ni. Suka hati akulah nak bagi pendapat macam mana pun. Masalahnya kau sakit dalaman ke kalau aku nak melenting pun?? Kot manalah tau ada fius tercabut ke dalam kepala otak kau tu! Aku memang tak puas hati dengan kau dari dulu lagi. Aku benci kau!! Orang lain dalam VF tak over macam kaulah wei!! Kau tu yang sibuk-sibuk. Thread tu bukan kau buat ok sorry tak payah nak tunjuk bagus, melainkan tuan thread sendiri tegur aku. Kau nak tunjuk baik dalam thread kaulah! Apahal pula kau masuk thread orang kau nak tunjuk bagus macam kau pula yang buat thread tu!! Ko tak malu ke?? Kalau kau tak suka diamlah tak pun tegur secara elok tak boleh ke?? Ah! kau pun sama sahaja tak ada adab. Kalau kau tu beradab sangat, dah baik sangat masukla thread hal agama. Sumpah sampai mati pun aku tak kan maafkan kau!!, Bodoh!"
Tak pernah mana-mana laman sosial aku kena bahan sampai macam ni sekali, serius. Laman sosial ni skema sedikit. Laman sosial lain elok sahaja, aku bagi komen entah apa-apa pun mereka terima dan tegur secara baik. Tak adalah sampai nak kena bahanlah kena kutuklah apala elok sahaja.
Ulasan