Pentadbir Kemalangan Di Bengkel

Hari ini anak murid yang dirindui datang bengkel iaitu Mohd Nazirul Hazim. Dia tak ada kat bengkel rasa sunyi bukan main, mana taknya kalau dia ada riuh sekampung. Dia bagi aku dan nenek jongang tu buah tangan dari shah alam. Amat aku berterima kasih padanya, terharu aku dan anggap itu sebagai hadiah Hari Guru hari jumaat ni. Dalam masa yang sama cik zainal pulak kemalangan, jatuh tersadung tak tahula macam mana. Dia nak halang si Nazirul untuk elak dari jatuh, tapi dia pulak yang jatuh. Masa jatuh pinggang betul-betul terkena bucu tangga, memang balalah jawapnya. Nak kata balasan apa yang dah buat kat aku, memang pun. Itulah Allah dah bayar cash! Sampai terbaring orang tua tu kat kaki lima Kedai 5 Sen. Nak bangun pun tak larat mana taknya urat pinggang dah terkehel. Cik zainal minta tolong nenek jongang hantarkan dia pegi hospital, solehah pergi sekali temankan. Cik zainal siap minta tolong pimpin bagai aku dah serba salah nak sentuh dia. Nenek jongang banyak tolong, aku pun tolong jugak tolong tengok sajela hahaha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)