Kawan Sekerja Hati Busuk!

Pukul 2.30 petang, aku naik atas nak jumpa Marina sebab nak suruh dia telefon balik mak Yana berkenaan JKM. Elok dah sampai pintu atas, aku terdengar Marina mengadu kat Cik Zainal pasal kes tempat kerja Chia Li. Aku berdiri tepi pintu, curi dengar. Lepas tu dia mengata aku belakang-belakang, tersentap aku beb! Dia tak berpuas hati pasal Chia Li kerja kat rumah, 'fight' dengan aku masa rehat masing-masing nak menangkan pendapat. Lepas tu, cakap aku ni nak ikut cara dulula, tahun ni dah blacklist nama Chia Li sebab kena kerja luar dan bukan tahun depan baru blacklis, dulu-dulula, sekarang lain dulu pentadbir lain, sekarang pentadbir lain bla bla bla. Aku dengar pun pedih telinga dan sakit hati aku entah macam-macam cakap dengan Cik Zainal. Tak tau ke kau mengumpat atau mengata orang sama macam  kau makan darah daging sesama saudara islam!! Cik Zainal pun 2x5 cakap pasal aku. Dulu dia juga yang cakap kalau tak puas hati cakap depan-depan, sekarang apa cerita?! Sendiri cakap belakang, mak nenek tu cakap belakang aku slumber badak sahaja. Tak sangka aku macam ni perangai dia, entah-entah banyak lagi dia mengata aku depan Cik Zainal. Depan aku pijak semut pun tak mati!. Bukan Cik Zainal sahaja dekat laki dia, keluarga dia dia siapa tahu. Patutla susah nak beranak hati busuk!! Muka sahaja lawa tapi mulut macam bangkai, tak guna solat 5 waktu sehari tapi mulut macam tu!! Orang kalau mulut banyak macam itula, sakitkan hati orang pun tak kisah. Buat aku macam tak ada perasaan. Aku dah agak kemungkinan aku pun benci dengan dia, macam mana aku benci dengan Cik Zainal. Cik Zainal tak tahu aku pun banyak tak berpuas hati dengan dia juga tapi tak pun aku sibuk nak cereita kat orang macam si betina tu! Masa perkhemahan hari tu, betina tu terjerit-jerit marahkan budak-budak dari sekolah dan bengkel lain. Cikgu-cikgu semua dah pandang lain macam kat dia, aku naik malu dibuatnya mana taknya sudahlah dia sama bengkel dengan aku. Bingai betul!! Tengokla budak itu bukan normal! Marah dengan budak selalu marah kasar-kasar bahasanya. Lepas tu, Cik Zainal sudah membahagi-bahagikan kerja, aku buat kerja dalam pengurusan fail pejabat dan dia hanya buat akaun jaga duit itu sahaja. Tapi apa yang aku tengok sekarang, kerja aku habis dia buat sekali. Bila dia dah beria nak buat kerja aku, habis aku nak buat apa?? menganga?? Selain mengajar budak buat kraf bagai. Nak tunjuk  yang dia tu rajin konon. Itu pun kau nak cakap pentadbir dulu lain, pentadbir sekarang lain ke?! Fikirla sikit kau tak payah nak tunjuk hebat sangat!! Malang betul laki kau dapat bini macam kau ni!! Best lagi bekerjasama dengan Ashwani. Memang betul betina tu kata kena ambil tahu hal semua tapi kalau dah over sangat nak cakap apa lagi?! Woi perempuan!! kau belum kenal aku siapa?!! Kau tunggu balasan kau, aku tau nak buat apa! Kau dua orang tunggu masa sesuai sahaja! Dasar mulut sampah!! Lepas tu, bila bercakap dengan budak ada sahaja nak menyampuk orang tengah bercakap, mulut tu memang tak reti diam ek?!! Tunggulah aku habis cakap dengan budak. Naik rimas aku!! pantang betul, aku belum habis cakap orang lain mencelah! Betul-betul mulut murai tercabut ekor!! Orang bagilah peluang aku habis bercakap dulu lepas tu kau nak cakap sampai mampos pun ada aku kisah?!! Belakang aku kurang ajar dengan tak sedar diri siapa lebih tua dari kau?!! Sudah puas mengata aku, dia nak turun aku buat-baru naik. Nampak aku naik, buat muka tak bersalah macam tak ada apa-apa walhal aku dah tahu. Macam jilaka!!

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)