Kenangan Pahit Manis Sebagai Instruktor 2014

Untuk kenangan pahit manis aku sebagai instruktor tahun 2014 pula, kerja-kerja tak membebankan tapi sikap staff pula terasa membebankan aku. Selain itu banyak anjuran-anjuran dari pihak NGO membuat jualan amal. Kami juga tidak terkecuali terlibat dalam hal-hal sebegini. Kami melakukan jualan untuk mendapatkan kutipan wang yang lebih untuk membantu pelatih OKU selain dari memjual produk-produk kraftangan yang diusahakan oleh mereka.

Pelatih - Ada beberapa pelatih yang jadi mangsa kemarahan aku dan cikgu baru. Mana taknya dengan buat perangai lagi. Sampai En.Zainal pun bising kat kami balik pasal marah pelatih sampai orang sebelah menyebelah boleh dengar. Terus aku malas nak bising kat pelatih, cuma cikgu baru tu sahaja marah kaw-kaw kat pelatih. Tapi En. Zainal tak adalah pula nak bising kat dia. Adalah 2, 3 pelatih yang aku tak suka dengan perangai yang suka melawan cakap cikgu.


Pentadbir / Kakitangan - Tahun 2014 pentadbir tukar orang lain pula. En. Zainal dilantik menjadi Pentadbir untuk tahun 2014. Bagus juga, tak adalah memeningkan aku lagi...tapi yang tak bestnya bila kerja-kerja dibahagi-bahagikan kat semua staff. Sepatutnya kerja-kerja pejabat dan urusan bengkel di uruskan oleh pentadbir, tapi En. Zainal yang nak bahagi-bahagikan kerja ikut bahagian. Aku bahagian pengurusan fail dan surat menyurat pejabat. Bila dah timbul isu pembahagian kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pentadbir, aku mula tidak berpuas hati. Dan aku pernah bersuarakan hal ini kat En. Zainal, tak adil bagi aku buat kerja-kerja pentadbir bukan dapat elaun pentadbir pun. Yang En. Zainal pula dapat elaun pentadbir walaupun SUKU dari kerja-kerja pentadbir dia buat dan kadang-kadang tak buat pun kerja (kerja subkontrak straw sahaja buat) hanya meluluskan sahaja hal surat menyurat. Adilkah macam tu?? En. Zainal kata buat perlahan-lahan dulu, nanti dah tahu dia buat pula. Tapi sampai sekarang tak ada apa-apa tindakan macam tu juga. Pada bulan Febuari, staff baru masuk menggantikan Ashwani. Namanya Marina, muda 2 tahun dari aku tapi dah berkahwin. Baru sahaja kawin tahun lepas tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Marina juga pernah jadi guru sandaran di SRK Pangkalan TLDM 2. Cik Zainal yang carikan orang untuk staff baru Marina ni anak kepada kawan En. Zainal, kawan satu taman. Aku dah malas nak tolong carikan nanti tak pasal-pasal jadi macam kes mak angkat aku tu. Anak kawan En. Zainal tu tak ada pula En. Muni bangkitkan isu kerja dengan kawan. Kalau aku, bukan main lagi hentamnya. Nampak sangat pilih bulu. Tahun 2014 lah aku banyak sakit hati dengan En Zainal dan Marina. Aku ingat lagi masa tu, si Marina tak sampai sebulan kerja kat bengkel En. Zainal marah gila kat aku pasal hal kerja yang berkaitan dengan JKM dan isu 'Salary Voucher'. Masa tu dia marah aku depan-depan Marina, Malu tu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, bayangkan diri diaibkan depan orang dan anak-anak murid. Lepas kena marah tu memang menyumpah-nyumpahla aku, 2 minggu aku tak bertegur sapa dengan En. Zainal. Lepas tu, dia buat perbincangan sikit antara instruktur dan minta maaf kat aku tapi hati aku memang dah berat dan tak boleh nak maafkan apa yang dia dah buat kat aku selama ini. Dan sejak Marina bekerja di bengkel, En. Zainal lebih suka bekerjasama dan menyembang dengan Marina berbanding dengan aku. Yang aku ni hanya kayu yang berdiri tidak berusik. Bila dengan Marina bukan main ligat En. Zainal bergelak ketawa. Dan aku, Cik Zainal hanya jumpa apabila minta buat surat, laporan mesyuarat dan bila perlu sahaja. Adilkah begitu?? Manakala Si Marina pula, mula-mula kenal tu okla. Tapi bila masuk 3 atau 4 bulan, aku dah nampak perangai dia yang sebenar. Marina ni seorang yang peramah. Sikap peramahnya buat En. Zainal dan En. Muni suka bersembang dengan dia. Selain itu, dia rajin buat kerja tapi...kerajinan dia tu boleh menyusahkan aku. Mana taknya semua kerja-kerja yang sepatutnya aku buat dia buat juga. Bila aku nak buat kerja tu dia pun sibuk juga nak buat, bila aku nk buat kerja ni dia pun sibuk mencelah juga. Sudahlah begitu, suka menyampuk bila orang bercakap, pandai bodek bos, depan baik belakang pijak semut pun tak mati, bangga diri konon mengaku menantu kesayangan mak mertua bagai. Kadang-kadang meluat pun ada, bila fikir kawan 1 tempat kerja sabarkan sahajala. Ada 1 hari tu, baru 2 bulan kerja dah pandai mengata belakang-belakang aku kat En. Zainal masa itula aku memang panas hati dan tak boleh terima. Aku tak pernah bertegur sapa dengan suami Marina. Pernahlah dia jumpa suami dia, itupun masa suami dia join event di bengkel dan aku perasan suami dia asyik pandang aku sahaja. Ini lagi masalah, tak selesa aku itu yang aku malas tegur suami dia. Masa Marina dah 6 bulan comfirm kerja, dia lambat dapat gaji RM 900. 3 bulan selepasnya baru dapat gaji comfirm. Kadang-kadang kalau ada event atau kena pergi kursus aku akan tumpang keretanya. Semasa pihak PAFID dilanda masalah berkenaan peruntukan yang diberi oleh kerajaan ditarik balik, pihak PAFID telah mengeluarkan berita yang tidak baik iaitu untuk mengurangkan kakitangan bengkel dan sekolah. Maksudnya, akan ada instruktur dan guru akan diberhentikan kerja. Aku dan Marina dah susah hati. Marina mula cari kerja-kerja kosong, aku nak cari tapi memikirkan kursus aku tak habis lagi nak pula kalau berhenti tanpa menghabiskan kursus aku kena bayar RM3k. Mana nak cekau duit wei!


Kursus Perguruan - Tahun ni aku semester akhir untuk kursus perguruan, Alhamdulillah. Peperiksaan pun banyak subjek nak kena ulangkaji, presentation lagi. Sakit otak juga dibuatnya. Mujur masa presentation aku ada pengalaman masa belajar di kolej dan IKM jadi tak ada masalah bagi aku nak buat dalam microsoft point dan pembentangan. Musuh aku si Siti tu pula tunggu lagi berapa bulan sahaja lagi nak nak terberanak. Masa nilah dia mula berbaik-baik dengan aku. Aku pun hairan juga apa rancangan dia sebenarnya nak berbaik-baik dengan aku? Mungkin sebab dia dah mengandung, takut kena kat anak agaknya itu yang buat baik. Aku bukan nak buruk sangka ke apa tapi cara orang macam ni buat aku tertanya-tanya. Selain itu, kami cikgu senior yang nak habis ni bermacam-macam dugaan kami tempuhi tak sepanjang kursus di SSM, Ipoh. Yang paling aku tak boleh lupa, masa buat lawatan sambil belajar ke PDK Kg Belutong tak jauh dari SSM, Ipoh lebih kurang 15 minit perjalanan. Kami naik van yang disediakan oleh pihka sekolah SSM, Ipoh. Masa pergi tak ada masalah, tiba masa nak rehat kami tension bayangkan nak makan kat kedai melayu pun tak ada. Kebetulan penempatan kat sana majoriti kaum india, mana kami nak cari kedai makan melayu? Jangan kata kedai melayu, kedai mamak pun tak ada. Kebetulan PDK tu terletak betul-betul dalam kawasan gereja kristian lama. Sudahnya, tercongok kami kat tepi bangunan PDK. Mujur ada hamba Allah yang baik hati dari golongan OKU juga tahu bawa kereta, tolong kami bawa ke kedai makan melayu bungkus. Ada setengah tu kami bungkus untuk kawan kami yang tak ikut. Itulah pengalaman tak dapat dilupakan sepanjang kursus. Selain itu, aku juga tak sangkalah sebelum balik habis kursus Cik Annie selaku guru besar SSM, Ipoh dan merangkap lecturer kami menyuuh kami menandatangni perjanjian iaitu jika sesiapa tidak habiskan kursus perguruan dan berhenti kerja maka kena bayar kat pihak PAFID RM 3K. Aku memang dah susah hati sebab dulu tak ada pun, memang susahlah aku nak cari kerja lain selagi kursus tak habis lagi. Jadi terpaksalah aku perhabiskan kursus sehingga dapat sijil kursus nanti. Untuk tahun ni sepatutnya Marina kena pergi kursus pada bulan 12 memandangkan dia dah comfirm bekerja di bengkel tapi macam-macam alasan dia bagi untuk tak pergi. Takut suami tak bagi pergilah, nanti suami nak tukar kerja tempat lain nak kena ikutlah macam-macamlah alasan dia bagi. Sampai En. Zainal pun kata dia tak paksa kalau tak nak pergi. Aku apa lagi memang tak puas hatilah sebab benda ni guru-guru baru WAJIB pergi kursus. En. Munisamy pun ada cakap. Lepas habis semester terakhir, kami hanya tunggu untuk peperiksaan yang belum selesai lagi. Adalah dalam 3, 4 paper lagi tapi itulah tunggu juga bulan 12 tak ada berita apa-apa pun dari SSM, Ipoh suruh datang ambil peperiksaan. Ada juga contact kawan-kawan sekelas tanya, diaorang pun tak tahu juga.





                                     

                                                                                         
Ini adalah salah satu projek akhir tahun aku. Aku kena buat 1 alat bantuan mengajar (ABM) dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Memang peninglah masa nak cari bahan, tak tahu nak buat ABM apa. Aku cari dalam internet, itu pun aku olah sikit. Nak ajar benda macam ni kat pelatih umur 25 dan 28 tahun pula tu, bayangkanlah. Kalau cikgu sekolah tak apalah juga, kami yang kerja bengkellah mengajar pelatih dewasa. Mujur aku ada pelatih yang boleh diajar.


Aktiviti - Ini di antara aktiviti- aktiviti untuk tahun 2014.



Sambutan hari jadi pelatih iaitu Razi dan Iskandar. Buat semasa jamuan hari raya. 


Sambutan hari jadi pelatih yang lahir pada bulan Januari dan Mei



Aktiviti jualan amal di Teluk Batik yang di anjurkan oleh pihak Bimmer Fest BMW


Aktiviti jualan amal di Hospital Manjung yang di anjurkan oleh pihak Hospital Manjung


Jemputan berbuka puasa di kedai makan adik kepada pelatih, Megat di Manjung. Ini sahaja pelatih yang hadir.


Aktiviti bersama keluarga pelatih di hujung minggu, bermain bowling di Sitiawan



Hari Sukan yang di anjurkan oleh pihak Sekolah Semangat Maju, Sitiawan.





Menghadiri program perkhemahan Summer Camp 2014 kali ke-8. Masa ni memang best, rasa seronok sangat macam-macam aktiviti kami buat. Dan buat pertama kali aku menghadiri program ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)