Soalan Peribadi (Bahagian 18)
Pernahkah Anda Membuat Rawatan Kecantikan? Di Mana? ^_^
- Ya. Pernah. Di Salun Zaharah, Manjung.
Pernahkah Anda Menolak Cinta Seseorang? Bagaimana Perasaan Si Dia? Ceritakan...^_^
- Pernah. Semestinya si dia kecewa. Pada mulanya kami berkawan rapat, aku tak pernah anggap dia lebih dari seorang kawan rapat. Tak sangka pula dia ada perasaan pada aku. Yang buat aku kesal dengan diri aku, masa tu aku dah kapel dengan bekas teman lelaki aku ada 1 hari aku bergaduh besar dengan bekas teman lelaki aku. Kebetulan aku masih berkawan lagi dengan Firdaus, kawan rapat dan masa tula dia luahkan perasaan cintanya dia pada aku. Tanpa berfikir panjang aku, terima dia jadi teman lelaki aku sedangkan aku tak putus lagi dengan bekas teman lelaki aku tu. Aku sedar yang aku dah mempermainkan perasaan dia. Dan aku sendiri tak pernah bagitahu dia yang aku dah ada teman lelaki masa tu. Tak sampai dua hari bercinta, terus aku minta maaf dengan dia sebab aku sedar dah buat 1 kesilapan. Aku berterus-terang dan aku tahu dia kecewa sangat dengan aku. Lepas tu, kami lost contact. Betul, cinta itu buta. Aku tersilap buat pilihan yang mana kaca dan yang mana intan. Kalau diikutkan Firdaus lebih baik dari teman lelaki aku. Walaupun dia ada perasaan cinta kat aku, dia sanggup tunggu sehingga kami habis belajar (kami belajar di IKM yang sama, jurusan berbeza). Berbeza dengan bekas teman lelaki yang yang tak menyabar-nyabar alasan takut aku ni kena kebas dek orang lain. Firdaus sentiasa bagi kata-kata semangat dalam pelajaran. Dan mengingatkan aku tentang solat. Cuma sikap dia suka cakap direct, tak fikir perasaan orang lain. Sekarang aku dah putus dengan bekas teman lelaki, aku tahu mungkin semua ni ada hikmahnya. Tapi apa-apa pun aku memang berharap sangat dapat berjumpa dengan Firdaus kembali untuk meminta maaf setelah apa yang aku buat.
Pakaian Pengantin Impian Anda ^_^
- Rekaan busana pengantin dari pereka terkenal.
- Busana pengantin muslimah
- Menutup aurat dan tidak mengikut potongan badan
- Kain kembang ala-ala princess
- Tema turqiose
- Pakai crown
Temujanji Impian Anda ^_^
- Makan malam di tepi pantai :*)
Kebun Impian Anda ^_^
- Lengkap dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan
- Menggunakan baja terbaik
- Penggunaan teknologi moden
- Kebun yang luas
- Menerima lawatan dari luar
- Menjual hasil tanaman kepada peniaga-peniaga, kedai-kedai makan dan pasar
Impian Anda Untuk Anak ^_^
- Memberi pendidikan dunia dan akhirat
- Memberikan kasih sayang dengan adil
- Tidak mengabaikan anak
- Bersikap tegas tapi penyayang
- Anak yang bijak pandai, berani, kuat, cergas
- Membantu ibubapa saat memerlukan
Dapur Impian Anda ^_^
- Lengkap dengan set perkakas-perkakas untuk memasak.
- Dapur luas memudahkah kerja-kerja memasak
- Ada dapur kering dan basah
- Dapur jenis modern dan aesthetic
Kehidupan Impian Anda ^_^
- Aset (harta)yang lengkap
- Berkerjaya tinggi
- Mempunyai keluarga sendiri
- Sentiasa berasa bahagia
- Pergi travel setahun 4 kali
Cincin Impian Anda ^_^
- Sebentuk cincin perak dari Habib Jewel, dengan batu permata yang cantik. Siapalah lelaki yang sudi hadiahkan cincin macam tu?? Atau aku sendiri yang beli.
Percutian Impian Anda ^_^
- Bercuti di tepi pantai
- Jalan-jalan satu pulau
- Menikmati alam semulajadi
- Di tepi gunung ganang, bukit bukau
- Menikmati kopi panas
Ulasan