Percutianku Di Tahun Baru Cina
Sempat jugalah aku berposing, masa ni singgah kat Parit Sulong ayah aku nak beli kuih untuk mak long aku.
Tula pasar dan kedai makan di Parit Sulong. Kesian aku duduk dalam kereta sahaja ayah tak bagi keluar katanya pergi sekejap sahaja huhuhuhu
Yang ini aku kena tunggu dalam kereta dengan adik aku, Shah sebab ayah aku dan adik aku yang bongsu, Idin ada urusan payment dan result kolej. Mujut ada bawah kamera digital aku tak adalah bosan sangat boleh selfie.
Aku menunggu ayah dan Shah yang pergi kedai mamak untuk tanya jalan nak ke rumah pak uda aku. Kami bukan selalu ke rumah pak uda di Pasir Gudang, JB. Jarang pergi rumah dia, tu yang tak tau sangat jalan. Kata mak long, pak uda sekarang tak berapa sihat tu yang kami ambil kesempatan nak menziarah pak uda sekeluarga di samping menyelesaikan masalah Idin di kolej.
Cantik betul bangunan belakang tu:)
Sebelum bertolak balik ke Muar, ayah ajak Idin sekali berjalan-jalan sekitar JB. Sempat juga Idin memperkenalkan tempat-tempat menarik antaranya istana sultan johor, Danga Bay. Buat pertama kali aku dapat tengok istana sultan johor memang tak disangka-sangka. Danga Bay pun sama juga tapi sayang kalau ayah masuk dalam kan best ni tengok dari luar sahaja. Ayah juga ada ajak pergi ke restoran selebriti iaitu Wan Maimunah di Larkin, Restoran Kacang Pool. Ingat kami nak merasalah juga makanan kat situ tapi akhirnya dah puas berjalan langsung ayah tak ingat nak ke sana terus hantar Idin balik yang kebetulan dia pun duduk kat Larkin. Dia belajar di Yayasan Pelajaran Johor, Larkin Jaya.
Dan buat pertama kali juga ayah bawa aku ke Ayer Hitam. Saja nak berjalan-jalan. Tempat tu kiri kanan orang jual barang-barangan kraf, cederahati dan anak patung pun ada. Tengok tempat tu teringat kat pelatih aku. Ingat nak belikan sedikit buah tangan untuk mereka. Tapi kata ayah barang-barang kat situ mahal. Sambil tu juga kami cari gerai jual cendol, kot-kot ada ke. Hari tu pergi Bandar BP dah makan cendol mamak betul-betul depan stesen bas. Lepas balik dari Ayer Hitam, singgah restoran makan. Dah lapar gamaknya, aku makan bakso kegemaran aku.
Ulasan