Yea! Dah Nak Cuti

Hari ni semua budak kelas kraftangan baik lelaki dan perempuan kena berkemas sebelum menyambut cuti Tahu Baru Cina. Aku rasa seronok tahun ni untuk Tahun Baru Cina dapat balik kampung selama seminggu walaupun bengkel hanya dapat cuti 2 hari. Yang lagi 4 aku ambil cuti tahun. Semalam aku dah standby nama pelatih yang akan bertugas di bahagian mana. Masing-masing buat tugasan mereka yang aku berikan. Aku pun ada tolong mereka sikit-sikit. Bab nak mencuci pula masalah kat tandas bawah sejak akhir-akhir ni asyik tak ada air sahaja. Kalau ada pun setitik-setitik sahaja air jatuh. Nak guna tandas pun tak boleh. Akhirnya terpaksa pakai air kat pair luar, mujur En. Zainal ada pegang pemegang paip air. Jenuhlah kami keluar masuk, keluar masuk ambil air berbaldi-baldi. Apa nak nak buat, nasib baik aku minggu ni tak ada ke tandas. Aku bertugas cuci lantai depan bengkel, sempat main air kejap. Selesai semua tugasan, macam biasa pukul 12 tengahari pelatih rehat sekejap dan pergi makan tengahari. Aku apa lagi dah kepenatan, tak cakap banyak bentang tikar bentang tilam terus terbongkang tak ingat. Penat wei! Lepas rehat, mandi bagai. Petang ni aku balik awal sebab nak print out borang KWSP belum buat lagi. Maklumlah aku dah nak bercuti panjang. Minggu depan sepatutnya jumpa En. Muni untuk buat pembayaran. Jadi, En. Zainallah kena uruskan semasa aku tak ada. Aku dah siapkan awal sehari dan standby atas meja. Siapkan kerja bulat-bulat untuk En.Zainal itu pun tak berterima kasih. Kalau tak buatlah sendiri dari akaun sampai ke pengurusan pendapatan sub-straw pelatih, mau terkangkang orang tua tu :D.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)