Mesyuarat Dengan Pengerusi Baru

Aku rasa macam malas nak pergi mesyuarat bengkel. Ingatkan dah tukar pengerusi baru, aku ni tak payahlah join mesyuarat ke apa tapi tetapi kena join juga. Peleceh betullah...Dah laporan kraftangan pun kena buat juga, itu pun aku tak tau nak taip apa lagi main buat saja. Macam biasa pukul 5 petang baru aku naik atas. Pukul 5.45 petang baru yang lain sampai. En. Leong tepat 5.30 petang dah sampai. Maka bermulalah mesyuarat dengan pengerusi baru tapi sebelum mula, En. Leong memperkenalkan diri dulu. Disebabkan Cik Ching tak datang, En. Leong suruh aku jadi setiausaha sementara pula dan buat minit mesyuarat. Masalah betul...Lepas En. Munisamy baca laporan kewangan dia En. Leong suruh aku baca laporan kraftangan pula. Bila aku baca dia tak nak macam mana yang aku buat kira salahlah. Dia nak laporan ada kemajuan pelatihlah, tugas pelatihla bla bla bla...susah payah aku buat dahlah kerja lain pun banyak nak kena siapkan. Segan juga aku bila laporan aku tak betul. Petty cash orang tua minta RM 500. Sekarang petty cash En. Munisamy bagi RM 200 2 minggu mana cukup. Aku baru nak pakai duit petty cash orang tua tu dah minta duit petrol van pula. Terpaksa pakai duit sendiri, orang tua tu pun sama juga nak buat macam mana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)