Tok Su Latif Datang Lumut
Aku bagitahu ayah yang Tok Su Latip nak datang. Pukul 8 pagi, aku nak kena kemaskan rumah. Ibu pesan suruh aku mop lantai bilik atas. Tak dan nak buat kerja, ayah suruh aku hantar dia ke stesen bas sebab dia dan Shah nak pergi Kedah rumah pak uteh. Aku ingatkan tak jadi pergi, aku cakaplah kat ayah yang aku kena hantar dia cepat sikit sebab nak kemas rumah. Lepas tu orang tua tu mula merepek dan bising-bising katanya tiket dah beli kenapa tak bagitahu awal-awal sekarang dah kelam kabut. Ayah salahkan ibu pula tak bagitahu awal-awal dan adik aku no 2 yang nak datang hari ni pun dipersalahkan juga. Kata ipoh bukan jauh kenapa tak bagitahu nak datang? Aku balaslah yang aku memang nak bagitahu semalam dah dianya balik dari surau solat isyak terus membuta. Macam mana aku nak bagitahu, tau pula diam. Sakit jiwa aku dengan orang ni!! Cakap dia saja yang betul. Lepas tu tau pula nak merungut, kata bulan ni dia sibuk bagai. Yang sibukkan diri ke sana sini buat apa??! Patut hari pertunangan Fiqa anak pak andak dan pertunangan Izani anak pak itam tak payah datang. Bukan penting sangat pun lainlah nak buat kenduri kawin. Pelik aku dengan orang tua ni! Ni pergi rumah pak uteh semata-mata nak tandatangan dia untuk dokumen penting dan pergi pejabat kerajaan. Aku mengadu kat ibu. Ibu pun fed up dengan perangai ayah yang makin tua tak reti nak ubah perangai sampai dah bercucu 2 dah pun. Lepas hantar orang tua tu ke stesen bas terus aku balik mop lantai kat bilik. Ibu pagi-pagi dah ke pasar nak beli lauk. Bila kerja aku dah siap, sementara tunggu ibu balik aku tidur kejap mengantuk gila. Dalam pukul 10 pagi, baru ibu balik dan panggil aku. Ibu suruh aku sarungkan bantal kusyen pula. Lepas tu mop lantai ruang tamu, pasang langsir kat depan pintu. Penat tak payah cakaplah dengan sarapan tak lagi. Tengahari baru Tok Su Latif datang sekeluarga. Tolong ibu memasak pula kat dapur, petang baru adik aku no 2 sekeluarga datang. Hari ni saja penat tak payah cakaplah. Petang baru aku dapat makan bayangkanlah. Bajet tengahari nak makanlah luar kejap, dah ibu pula nak masak. Malam, ibu ajak kami semua makan kat Hayyan Restaurant. Kembung perut aku, kenyang sekenyang-kenyangnya. Sebelum balik singgah kedai Fathimah kat Manjung pula beli barang untuk masak mi goreng. Sampai rumah, aku rileks sepuasnya nak pula ayah tak ada boleh tidur lambatla jawapnya. Orang tua tu hari rabu baru balik.
Ulasan