Cinta Hati Tak Jadi Datang
Pagi, cinta hati suruh aku call dia. Pukul 9.02 pagi, cinta hati minta maaf kat aku. Dia minta aku bank-inkan RM 200 kat bank BSN katanya nanti dia sampai Lumut aku akan dapat balik duit aku tu. Cinta hati suruh letak saja kat nombor akaun kakak (kawan dia) sebab urgent sangat katanya. Cinta hati kata duit aku akan dapat balik cuma letak dalam akaun untuk 6 jam saja. Nanti kakak tu bank-in balik. Kebetulan pula aku kat bengkel tengah buat kerja. Last minute baru nak cakap, aku paling tak suka orang bagitahu dah last minute. Cinta hati kata bukan last minute, dia dah dalam perjalanan bukan pergi sekarang dia suruh aku pergi bila balik kerja nanti. Dianya dah sampai Lumut nanti dia cerita kat aku. Dia ajak aku makan kat Marina Wing tempat makan hari tu. Aku bagitahu cinta hati yang ayah hampir salah faham, aku kena marah. Cinta hati tanya kenapa? Sebab ayah ingatkan cinta hati nak jumpa dia hari ni dan aku ingatkan dia jangan last minute baru nak bagitahu. Aku tanya makan kat Marina Wing ajak ibu sekali kan? Aku dah terangkan dah kat ayah rancangan cinta hati semalam barulah ayah faham. Pukul 9.15 pagi, aku tanya cinta hati nak pinjam akaun mana pula? Aku merungut sebab duit aku nak habis sebab dia asyik pinjam duit aku. Aku minta dia jangan buat aku susah hati. Cinta hati kata dia bukan nak pinjam cuma letak untuk 6 jam sahaja. Letak saja bukan pakai 1 sen pun katanya. Kebetulan pula cinta hati tengah drive, tak boleh nak text sangat. Pukul 9.30 pagi, aku dah mula angin sebab cinta hati fikir tengah drive dia saja habis aku yang kelam-kabut kat sini tak fikir? Lepas tu dia suka hati suruh aku pinjam tabung bengkel bagai. Cinta hati kata, kakak tu dah tolong pinjamkan dia duit hari tu. Puas cinta hati pujuk aku minta tolong dan berharap sangat aku tolong dia. Bengang punya pasal aku off handfhone. Siapa tak sakit hati pergi gatal minta tolong dengan betina lain buat apa?! Dah jadi macam ni susahkan aku pula! Pukul 10 pagi, aku on balik handfhone risau juga kalau ada mesej urgent dari ibu atau penyelia. Cinta hati tu cakap dia saja nak dengar, ikutkan hati nak saja aku sound betina tu. Aku pesan kat cinta hati lain kali tak payah minta tolong dengan mana-mana perempuan, bila aku cakap tak nak dengar. Pukul 12.47 petang, cinta hati asyik ingatkan aku pasal bank-in duit RM 200. Aku bukannya nyanyok nak ulang ingatkan. Pukul 3.25 petang, cinta hati bagitahu ada kemalangan kat Ipoh, tak boleh gerak jadi kena tunggu orang alihkan. Pukul 5.57 petang, aku tanya cinta hati habis macam mana? Jadi dinner ke tak? Jangan sampai ibu pula yang bising dahla. Aku tanya dia kat mana sekarang sebab ayah dah mula tanya yang cinta hati jadi datang ke tidak? Aku cakap dengan ayah tak tahu lagi. Ayah ada juga tanya dinner kat mana? Aku cakap kat Marina Wing. Aku juga risau pasal duit dan cincin aku. Pukul 6.26 petang, aku pesan kat cinta hati lagi kalau dah sampai terus ke rumah dan call aku, lepas isyak baru pergi. Pukul 7.34 petang, ibu suruh aku bagitahu kat cinta hati makan kat Marina Wing tak sesuai untuk berbincang sebab tempat tu ramai orang. Lepas Isyak, cinta hati tak datang-datang juga. Aku mesej tak berjawab, call pun tak dapat. Aku dah mula susah hati. Pukul 10 malam, ibu ajak makan kat luar sebab ibu dah lapar. Kami makan kat Restoran Efan 2. Aku betul-betul kecewa gila dengan cinta hati, tergamak buat kami tertunggu-tunggu sampai ibu kelaparan...
Ulasan