~Menjernihkan Perhubungan~
Cinta hati mesej katanya dia hanya boleh datang esok saja dengan mak dia. Mak dia pun dah marah-marah. Cinta hati pun tak beli lagi cincin. Aku tanya cinta hati nak merisik juga ke? Jamuan raya kat bengkel datang tak? Kata cinta hati, dia datang esok tengahari sebab esok pagi dia nak cari duit mak dia pula tak nak tolong. Tengahari baru nak datang? Jamuan raya mula pukul 9 pagi - 12 tengahari saja. Bukan apa kalau dia datang sempatlah juga dia berbual dengan ayah. Aku tanya dia cari duit nak buat apa? Katanya nak beli cincin aku dan kalau boleh esok dia nak bawa mak dia pergi sana sebab esok nak cari cincin. Baru nak beli cincin ke, aku ingat dah beli siap dah. Kata cinta hati lagi, kalau esok pagi dia masih tak dapat duit beli cincin anggap saja aku dan dia dah tak ada jodoh. Kalau dia dah cakap macam tu aku redha sebab aku pun dah bangun awal untuk buat solat istiqarah tapi ...aku tak nampak apa. Cinta hati mula mengadu yang dia pening semua nak salahkan dia, dah letih dengan sikap orang yang tak tahu apa-apa. Cinta hati dah buat semua. Aku kesiankan dia. Aku kalau boleh tak nak susahkan dia lagi. Cinta hati tanya aku masih nak teruskan ke apa yang kami rancang? Aku faham banyak benda dia nak kena fikir. Andai betul jodoh kami hanya setakat ini, aku minta cinta hati lepaskan aku dan akan cuba berusaha lupakan dia. Rungsing aku macam mana nak teruskan kalau ibu dan ayah macam dah tak restu...Mak dia marah...Ibu pun marah...ayah pula jenis tak percayakan orang...Cinta hati kata, dia tak ada masa atau berniat nak lepaskan aku. Dia dah berusaha jadi ini mungkin dugaan buat kami jadi kena bersabar. Cinta hati tanya yang aku memang nak berpisah dengan dia ke? Katanya lagi, kami kena perlahan-lahan ambil hati orang tua. Cinta hati minta aku bersabar dan jangan fikir macam tu tapi kalau aku memang dah serius nak berpisah dia tak mampu nak cakap apa sebab semua keputusan di tangan aku. Aku dah mula nak menangis. Aku tak nak cakap banyak nanti aku menangis. Aku cakap dengan cinta hati yang aku nak tenagkan fikiran untuk 2, 3 hari. Aku tau mesti dia tak nak lepaskan aku. Cinta hati nak aku jujur dengan diri sendiri yang aku masih nak teruskan ke tak? Kalau aku rasa dah sampai masa...Kalau aku dah tak nak teruskan dia faham...dia akan buang nombor telefon aku bila aku cakap tak nak teruskan. Tapi...aku tak nak susahkan dia. Aku minta dia lepaskan saja aku. Memang aku berat hati sebab aku bukan tak pernah bercinta sebelum ni. Kata cinta hati, nama pun bercinta...sabar...dia dah 4 tahun bersabar menunggu aku. Takkan aku tak boleh bersabar, mengalah macam tu saja. Katanya lagi, dia minta aku jangan bagi dia susah hati ingat semua ni mainan ke? Senang-senang putus...Ini soal hati jadi kami kena sama-sama berusaha. Aku minta cinta hati bagi aku masa fikir pula. Aku nak tenangkan fikiran, lagipun aku nak niat depan ibu dan ayah kalau dia tak jadi jumpa diaorang aku nak minta dia lepaskan aku. Tapi ibu dan ayah tak bagi putus lagi, suruh aku berkawan dulu dengan cinta hati. Sekarang yang jadi masalah ibu. Cinta hati tanya ibu dan ayah tak bagi aku dan dia berkawan ke? Aku cakap aku nak mandi dulu takut terlambat nak pergi jamuan raya. Cinta hati minta aku cakap dulu. Aku cakap ibu dah tak berkenan dengan dia...ayah pula aku tak tau. Cinta hati kata kalau macam tu awal bulan 8 keluarga dia datang. Cinta hati minta nombor telefon ibu dan tanya ibu tahu tak yang itu hari dia kemalangan? Dia tak sempat baca apa-apa mesej sebab handphone dia pecah. Cinta hati siap bersumpah demi Allah, awal bulan 8 dia datang dengan keluarga kalau tak datang juga kami putus. Yalah tu putus, nak lepaskan aku pun susah. Aku cakap ibu tau dan minta cinta hati kalau boleh minta maaf dan cakap elok-elok. Sempat lagi cakap rindu 'atas' aku...Orang tengah stres dia sempat lagi cakap bukan-bukan. Cinta hati kata nanti dia call ibu. Pukul 8 malam, aku mesej cinta hati tanya dia dah beli cincin ke? Sebab aku rasa lebih baik jangan dibeli lagi. Sebab ibu tak nak kami ikat lagi. Kenal hati budi dulu. Kebetulan pula aku nak keluar pergi jamuan raya kat PDK. Cinta hati kata, ikutlah. Dia pun kat Hospital Ipoh kena tahan sebab peha dia...Tak taula patah ke apa. Lusa pula dia kena balik penang. Aku tanya teruk sangat ke? Dengar macam teruk. Aku suruh dia banyakkan berehat, sempat bagitahu dia esok aku nak pergi jamuan raya ikut ibu kat rumah YB Pasir Panjang, tengahari dalam pangkalan TLDM (rumah kawan ibu) dan malam pula kat Felda Lekir. Isnin aku pula cuti. Cinta hati tanya sekarang kat mana? Aku cakap baru nak balik mata dah mengantuk sangat. Ingat sampai rumah nak solat isyak kejap lepas tu tidur. Tak larat dah rasanya. Tapi itu jam aku nak tidur cinta hati dah minta nak tengok 'atas' aku pula...(-_-#)
Ulasan