Pentadbir Perangai Sampah!!
Aku tak boleh nak tidur tengah malam, kejap terjaga. Bangun pagi, Lily dah kejutkan aku. Nak keluarlah tu, semalaman tidur dengan aku dalam bilik :P Aku pergi kerja pagi ni dah mula mengantuk dan rasa macam nak demam pun ada asyik bersin n selsema saja. Masa aku tertidur kejap kat bengkel, orang tua tu nak ke belakang agak nak buat kerja. Lepas tu ternampak aku tidur, dia tanya tak sihat ke? Aku jawablah macam nak demam sikit. Dia suruh ambil MC pergi klinik. Aku cakap tak apalah ada kerja nak kena buat dan siapkan. Tempahan alas kaki yang orang tempah tu tak siap lagi. Masa aku ke tandas nak gosok gigi dan cuci muka aku dengar orang tua tu bising tengok budak-budak duduk lagi tak buat kerja. Lepas setel aku kat tandas, aku ajak budak mengemas sebab hari ni aktiviti mengemas. Yang datang pun hari ni Teoh Pei Ji, Razi dan Chiang sahaja, yang lain tak datang nak tak nak jalankan juga aktiviti mengemas. Entah macam mana orang tua gampang tu bising-bising kat aku pasal tertidur tadi, lepas tu kata menyusahkan budakla apala...Aku buat pekak saja, yang dia menyalak tak bersudah. Aku nak ajak budak mengemas pun tak ada mood. Akhirnya aku suruh Razi dan Chiang buat kerja alas kaki dan Teoh Pei Ji tolong aku mop lantai sahaja kat luar. Ikutkan nak basuh tikar tak jadi, mop lantai sahaja itu pun sebab minggu ni sampai minggu depan ada jualan amal. Orang tua gampang lagi pekik suruh aku tinggalkan kerja pergi ambil MC, lagi aku buat pekak juga sabarkan hati dalam hati Allah SWT sahaja yang tahu. Biar dia menyalak macam orang gila...Selesai semua, aku sambung buat alas kaki tempahan sambil dengar lagu kat lappy. Aku buka lagu sekuat-kuat volume biar pekak telinga dia. Masa aku buat alas kaki menangis sepuas-puasnya, orang sakitkan hati aku pagi-pagi. Kalau dia nak bising pasal aku tertidur pagi pun, dia bukan faham masalah aku. Aku tak boleh nak tidur malam tadi dengan rasa nak demam sikit tapi masih larat lagi. Aku MC kena marah, tak ambik MC pun kena marah, kau nak kena kaki aku ke apa?!! Lagipun En. Leong pun faham masa rehat nak tidur atau rehat boleh. Dia yang pandai-pandai cakap En. Leong dah tegur jangan tidur, butohla!! Dia suka cakap benda yang tak betul, kau ingat aku ni pekak ke masa En. Leong cakap hari tu. Orang kalau dah busuk hati, macam itulah dah tua-tua pun liat lagi nak mampos!! Budak pun datang tunggu bersuruh baru buat kerja, lagi nak salahkan aku ke bingai?! Lepas tu dia nak masuk campur urusan aku dengan budak-budak kelas aku. Aku tak usik pun budak kelas kau!! Budak aku, aku taulah apa nak buat!! Selama ni pun aku mengemas kat kelas bawah, buat kerja kebersihan aku tak ada nak minta tolong seorang pun budak-budak kau. Semua aku buat sendiri dengan budak-budak kelas aku!! Kalau diaorang tak datang pun, aku buat seorang. Aku tak pernah nak sibuk urusan kau dengan budak-budak kau!! Elok perangai sampah kau tu jangan nak sibuk sangat hal orang!! Banyak sangat 'jilat' bontot pengerusi tu jadi macam tu...Dengan pengerusi baru bolehlah nak bodek bagai! Buat baik pun macam gampang juga sama sahaja!! Kak Mahani tu sepatutnya bulan ni makanan bakery dia yang kena berniaga kenapa aku pula yang kena buat seorang letak meja dan barang makan kat luar?? Tak ada pun nak turun tolong bagai. Yang itu kau tak bising!! Hari tu pun bagi tugas kat dia pun macam tak adil, apa guna aku buat senarai tugas yang aku buat?! Patutnya kau tick dan bahagi dua kerja aku bagi kat dia. Ini aku buat sampai lebih 20 senarai kerja, cuma 4 kerja sahaja kau bagi kat dia itu pun hal-hal surat sahaja. Baik kau tak payah separate kerja macam tu. Hidup jangan jadi bangang sangat!! Dua-dua ni pun tak boleh percaya sangat ni. Aku malas nak bertekak dengan orang tua, dahlah aku ada darah tinggi silap-silap lagi naik darah tinggi aku. Aku ada darah tinggi pun salah satu punca dari orang tua gampang tu juga! Tak apalah aku sabar sahaja, selagi boleh bersabar aku sabar. Tapi apa dia buat dan cakap kat aku pagi ni aku takkan maafkan sampai bila-bila. Dia buat aku macam ni Allah akan balas balik perbuatan dia kat aku. Sakit hati aku, Allah sahaja yang tau. Mengaibkan aku depan orang no 1...
Ulasan