Ujian Buat Hairee Lagi...

Pagi ni aku terima mesej dari Hairee tapi...bukan dia yang hantar, kawan dia. Kawan dia cakap Hairee kena tahan di Hospital UPM. Terkejut juga aku, entah macam manalah keadaan dia sekarang? :( Semalam dia mengadu kat aku yang dia muntah darah dan sakit kepala. Aku dah cakap dah semalam pergi klinik, lagi nak tunggu dah teruk baru nak pergi. Aku mula terfikir, sejak 3 bulan lebih aku kenal dia...Lepas 1, 1 masalah datang kat dia. Minggu lepas baru kena tipu dengan kawan sendiri pasal pembelian motor dan kena marah dengan kawan pasal motor yang dia beli kena tarik. Minggu ni kena tahan kat hospital pasal muntah darah dan sakit kepala. Macam mula-mula aku kenal dia, baru minggu lepas kena langgar dengan budak bawa motor tak ada lesen dan roadtax masa buat roadblock sampai patah tulang kaki. Lepas tu seminggu selepas kejadian kemalangan lagi jatuh motor masa tu hujan jalan licin. Dahlah dengan dia punya 'bawah' tu sakit. Kadang tu, kerap terdengar dia batuk-batuk. Aku terfikir, adakah ini ujian buat dia yang Allah nak beri? Adakah selama ni doa aku minta dia berubah dan memberi dia pengajaran termakbul? Kadang rasa bersalah pun ada, kesian pun ada...Selama ni dia selalu menyusahkan aku dengan tak bayar hutang, ugut nak menjatuhkan maruah aku, mungkir janji bagai sampai aku menangis atas tikar sejadah...masa baca al-quran. Mengenangkan sikap dia tu memang aku sakit hati tapi...bila dia di timpa bermacam-macam masalah yang dia kena lalui. Allah...rasa kesian, simpati tu tak tau nak cakap macam mana dah. Tak terfikir ke dia semua ni? Tak terfikir ke kenapa lepas 1, 1 masalah melanda? Bukan nak kata aku nak balas dendam ke apa, cuma aku nak dia berubah ke arah yang lebih baik andai benar dah tertulis dia jodoh buat aku. Banyak betul ujian yang Allah beri pada dia. Pada aku, ujian yang Allah beri tu nak tengok sejauh mana kesabaran dia...kekuatannya menghadapi ujian ni dan yang paling penting Allah nak tengok Hairee ingat tak padaNya. Aku faham Allah turunkan ujian demi ujian buat hambaNya adalah tanda Allah sayang. Dan Aku tau dia solat pun kadang-kadang tak pun jarang. Dia sepatutnya kena banyak berdoa, bersabar dan perbanyakkan istighfar. Minta diri dilindungi Allah dan kesihatan yang baik. Ini aku suruh berhenti merokok, merokok juga. Aku takut dia batuk-batuk punca dari merokok saja. Itu yang merisaukan aku. Nak kata aku ni baik sangat tu tidaklah, sekadar beringat lagipun ada juga dengar dalam ceramah-ceramah agama. Aku dah cakap dah dengan Hairee, hidup jangan sesekali menyusahkan orang, nanti Allah akan susahkan hidup kita balik. Aku nak pergi melawat dia kat sana memang tak dapatlah dengan kerja, jauh lagi kt KL sana. Aku hanya mampu berdoa dari jauh semoga dia cepat sembuh, sihat seperti selalu dan tak ada apa-apa kecederaan yang teruk kat dia. Aku yang kat sini pun susah hati juga dengar dia macam tu. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)