Ada Jodoh Takkan Ke Mana
Aku mengadu dengan Khafiz bila teringatkan dia comfirm akan muncul. Aku sendiri pun tak tau, Khafiz macam tau² aku ingatkan dia. Bila Aku cakap macam tu terus dia call aku. Katanya, aku cuba nafikan sesuatu benda yang dah tertulis semenjak azali lagi. Sejauh mana aku cuba lari seandainya takdir tu kuat, pergilah sejauh mana aku nak pergi...pergilah ke hujung dunia sekali pun. Kalau dah Allah kata aku ni dijodohkan dengan siapa, dinikahkan dengan siapa aku cuba nafikan macam mana sekalipun benda tu akan tetap jadi juga. Katanya lagi, sebab tu dia jenis malas complain, boleh lupakan tapi kalau kata benda tu dah tertulis semenjak azali lagi jodoh aku dengan dia, aku nafikanlah macam mana sekalipun Aku tolaklah perasaan tu macam mana sekalipun, dah Allah kata jadi tu jadi juga. Khafiz minta aku jujur dari hati aku. Dia pun tak nak bergaduh dengan aku malam² ni. Khafiz tanya aku, ada tak terdetik walau sedikit pun kat hati aku yang aku masih sayang dia? Aku cakap sikit saja. Khafiz tanya lagi, sikit yang macam mana? Katanya, yang sedikit itulah yang jadi punca aku tak dapat lupakan dia dan tak kisahlah kalau bukan dengan dia. Aku cakaplah masalahnya bila teringatkan dia saja tengoklah esok lusa mesti dia muncul punya, aku tak dapat lupakan dia. Ini bukan kali pertama jadi dah banyak kali jadi, aku sendiri pun tak tau. Katanya lagi, aku punya sedikit itulah macam benda tu terlintas. Aku cakap macam dia tu tau² saja. Khafiz kata, Allah menggerakkan hati manusia tanpa manusia sedar. Cuma manusia ni menafikan ketentuan Allah, cuba melawan takdir. Dah takdir Allah macam tu, macam tulah. Siapa kita nak melawan takdir? Katanya, dia tak pernah lupakan aku...tak pernah lupakan dalam setiap doa cuma dia tak pandai nak cerita depan². Takkan semua dia nak tunjuk kat aku dalam setiap doa, nak kena ambil video tengah berdoa. Itu saja yang dia mampu buat, sebab nak lembutkan hati aku bukannya senang. kalau hati aku macam ais boleh cair tak apa juga. Khafiz minta aku jujur lagi, aku cakap yang aku dah tawar hati tapi dalam tawar hati tula yang aku tiba-tiba teringatkan dia. Aku dah tak ada rasa sayang lagi kat dia. Katanya, memang aku tawar hati tapi di sudut hati aku yang kecik tulah punca segalanya. Yang kecik tu yang aku cuba nafikan, itulah penyebab yang aku rasa teringatkan dia. Katanya lagi, aku cuba nafikan. Aku sendiri pun dengan ex²boyfriend tak pernah rasa macam ni. Khafiz kata, memanglah kalau kata sayang, contohlah kalau betul aku bencikan dia dan tak nak ada apa² kaitan dengan dia benda ni takkan terjadi...tak pernah terjadi. Katanya, kalau dia teringat kata² dan pernah kehilangan seseorang cuma kata² dia sajalah tapi tak adalah sampai orang call dia selalunya dia akan call orang tu. Sampai dah betul² comfirm orang tak suka, dah tahap menyampah ok stop kejar bayang². Tapi tulah Khafiz cakap nanti aku jadi macam ni selama-lamanya. Aku cuba nafikan tapi dalam masa yang sama di sudut hati aku yang kecik tu yang aku masih sayangkan dia. Untuk membetulkan keadaan yang aku selalu rindu tiba-tiba muncul, Khafiz tanya takkan aku nak macam ni selama-lamanya? Aku sendiri pun tak tau. Aku tanya pula macam mana dengan mimpi, dah 3 kali tau aku mimpi buruk pasal dia, aku pun tak tau. Mungkin syaitan nak porak perandakan hubungan anak adam atau ada petanda yang aku sendiri pun tak tau. Aku bagitahu Khafiz, terakhir aku mimpi pasal dia tu. Khafiz suruh aku balik, masa tu aku ke mana entah bawa motor. Dia pula macam marahkan aku. Bila sampai rumah, aku tengok dia dengan baju putih duduk kat buaian sikit pun tak pandang aku. Aku pun masuk sajalah dalam rumah, ingat nak pergi jumpa dia kat luar nak minta maaf tapi bila aku nak keluar tiba-tiba ada orang ramai berkerumun masuk rumah jadi aku nak jumpa Khafiz susah. Seolah-olah terhalang dalam kesesakan orang ramai. Aku tanya Khafiz, apa makna semua tu? Khafiz cakap apa kata dari kita terus macam ni, apa kata kita teruskan apa yang kita dah mulakan. Jadikan hubungan ni lebih kepada serius kepada pintu gerbang, apa yang kita cuba capai? Katanya, aku dan dia kenal bukannya baru kenal 2,3 hari...bukan 2,3 jam...bukan 2,3 minit, aku dan dia dah kenal setahun lebih, bukannya sebulan. Katanya lagi, aku masih sayangkan dia cuma aku nafikannya. Aku tanya dia kalau gaduh lagi macam mana? Apa pula jaminan untuk aku? Khafiz kata itu benda kecik, kadang-kadang kita ambil benda tu serius. Bila serius macam nilah jadinya. Aku tanya dia boleh nyanyi pula, geram betul aku dengan dia niš¤Siapa yang tak serius siapa entah. Aku ulang balik soalan aku tadi kat dia. Aku tanya lain dia jawap lain. Khafiz dah mula bising suruh aku sabar belum habis cerita katanya, belum masuk intro lagi aku dah tanya soalan, lepas tu aku dah membebel. Lepas tu dah gaduh lagi. Katanya, ini permintaan yang terakhir daripada dia dan berjanji takkan ada pergaduhan lagi antara aku dan dia. Khafiz tanya lagi takkan aku nak macam ni saja? Aku cakap, yalah bujang sampai tua lah. Khafiz kata tak, situasi yang aku ceritakan tadi takkan aku nak macam ni saja. Habis nak buat macam mana, kalau get back balik sama saja lagi sakit hati. Bukannya aku tak pernah usaha lupakan dia. Aku cakap dalam hati, tak payah ingatkan dia. Benda tu datang dengan tiba-tiba bukannya aku minta, tapi marah juga kat diri sendiri kenapa perlu nak ingat dia? Khafiz kata, kalau dah jodoh takkan ke mana kan ada pepatah ada mengatakan 'Kalau dah jodoh, takkan ke mana'. Katanya, aku buatlah macam mana pun, aku nafikanlah macam mana sekali pun. Ibu pula tiba-tiba call tanya aku dah balik ke belum? Kalau nak makan nasi goreng, ada. Aku cakap nak makan McD yang tak habis petang tadi saja. Ibu suruh aku tengok Comot sebab dah 2 hari tak tengok Comot. Kejap lagi aku buat susu. Ibu cakap esok dia nak beli susu dengan botol susu. Ibu pesan lagi suruh tengok makanan dan isi air sekali. Khafiz plak dok hello kat aku, aku minta maaf kat dia pasal ibu call tanya suruh bagi baby kucing makan. Aku cerita dengan Khafiz tentang baby kucing yang aku jumpa beberapa minggu lepas. Kebetulan aku baru balik kerja, nak basuh kain kat atas tiba² aku terdengar suara baby kucing. Aku cakap dengan ibu ada bunyi baby kucing, kebetulan ibu pun ada dengar juga bunyi baby kucing masa maghrib. Aku ajak ibu turun pergi tengok, Aku rasa baby kucing tu kat dalam semak, aku ajak ibu turun sama. Aku nak turun sorang dengan pergi belakang yang gelap gelita lagi bersemak samun kat rumah orang memang taklah aku. Bila ibu kata kejap lagi dia turun, aku pun standby torchlight, buka lampu pintu belakang dan grill pintu belakang. Lepas tu aku pun cari, baby kucing tu pun kejap² berbunyi kejap² senyap. Aku cakap kat ibu tak ada pun anak kucing. Ibu kata dah tak ada kot. Aku cakap ada ni kot kat dalam semak tu berapa kali aku cuba panggil. Ibu dah give up nak cari, aku usaha juga nak mencari. Cari punya cari akhirnya jumpa kat serpihan pasu, betul² kat belakang rumah orang. Cepat² aku bagitahu ibu. Baby kucing tu warna hitam coklat. Masa jumpa, baby kucing tu dalam umur 3,4 bulan macam tu. Aku bawa balik terus bagi dia frieskis kebetulan ada lebihan frieskis masa bela kucing sebelum ni. Baby kucing punya pelahap makan Ya Allah dah macam dah berapa minggu tak makan. Lepas tu aku bawa dia naik atas kat koridor, ibu suruh aku ambil sangkar kucing dalam bilik belakang bawa ke koridor. Aku pun sediakanlah makan dengan tempat tidor dia. Masa mula² jumpa, baby kucing asyik ikut saja ke mana aku pergi. Baby lagi dah cerdik, manja, gesel² kat kaki aku. Ibu cakap ni kucing orang ni, manja betul. Aku kata takkan kucing orang, aku fikir kucing jiran depan rumah aku. Setahu aku kucing jiran depan rumah aku mana ada kaler warna tu. Aku kata tak apalah bela sajalah. Masa aku cuti minggu lepas, pagi² bangun mandikan baby kucing, bagi dia makan frieskis. Aku mandikan sendiri pakai syampu baby, ibu suruh pakai yang tu dulu nanti beli syampu yang lain. Lepas mandi menggigil badannya, sejuk. Petang pula, pergi shopping sekejap dengan ibu dan settlekan urusan dia lepas tu baru pergi Pet Shop. Kat pet shop, aku dan ibu beli pasir kucing, makanan kucing 2 bungkus, beli goat milk untuk baby kucing. Aku pula beli rantai kucing, ingat nak belikan baju untuk dia, ibu pula tak bagi lepas tu beli serkup dan bekas najis kucing. Lepas tu aku tengok sangkar kucing Ya Allah cantik. Sangkar kucing 3 tingkat siap ada buaian lagi, harga RM 400 lebih. Dulu ibu beli sangkar RM 300 saja, tapi dah ayah pergi jual pula sangkar tu. Aku cakap kat ibu kalau ada duit lebih nanti nak bawa dia pergi grooming, pun ibu tak bagi nanti ibu belikan ubat kutu. Pergi klinik vet pun ibu tak bagi, sebab pegi sana saja kucing asyik mati bukan elok pun. Ibu ada cakap kalau nak bela kucing dia ada 2 perkara, ada duit dan pandai jaga, kalau aku pandai jaga sihatlah kucing. Tiap hari aku buatkan baby kucing susu, beli goat milk tu keras pula susunya aku nak kaut pun susah. Baru² ni aku cuti, pergi Pet Shop kat Tesco tengok mainan kucing pula. Mainan kucing pun comel², bila fikir² tunggu gaji baru beli. Ada mainan kucing aku berkenan, tikus mainan bergerak. Ada yang pakai bateri dan ada yang tarik tolak sendiri, yang pakai bateri tu mahal sikit. Balik rehat tengahari saja mesti aku bagi dia susu, balik kerja malam buat susu baru lagi letak dalam botol simpan dalam peti ais. Lepas tu, masa subuh bagi dia susu. Sekarang ni pun baby kucing tu dah cergas dan aktif, berlari sana ini buas betul. Baby kucing tu pun sekarang dh kurang follow aku. Khafiz kata kucing jinak. Mula² baby kucing tak pandai berak kat pasir, berak merata. Aku panggil nama dia Comot. Aku ajar dia dengan cara letak kat pasir, dia ada saja letak dia kat pasir. Akhirnya dia dah biasa dan tau nak berak kencing kat mana. Untuk permulaan, aku tutup pintu kat bilik menjahit ibu tak bagi dia masuk kecuali ibu tengah menjahit buka pintu baru boleh masuk. Kucing tu pun kucing betina, aku kalau boleh nak kucing jantan. Nak buat macam mana bela sajalah. Rantai dia pakai pula besar sampai kaki dia termasuk dalam rantai. Rantai baby kucing warna merah ada loceng, nanti aku ingat nak beli buah rantai bentuk ikan dengan mainan. Aku cakap dengan Khafiz yang aku sanggup habiskan duit untuk kucing. Khafiz kata tak apa, kucing macam tu boleh. Aku harap dia tak bisinglah nanti kata aku membazirlah apalah. Katanya yang penting kuicng tu tau buang air kat mana. Katanya lagi, kucing dia kat rumah banyak, kucing parsi pun ada masa duduk KL. Lepas tu kucing tu hilang orang ambil. Lepas tu aku sambung lagi cerita, baby kucing tu nak kena pantau selalu. Masa sebelum aku nak berbuka, mesti aku bawa dia turun. Bagi dia kebebasan skiit, senang dia bermain. Dia nak main kat dapur, ruang tamu, dapur rumah ayah, ruang tamu rumah ayah ikut suka dia. Tapi lepas berbuka, aku letak balik kat tempat dia dan bagi susu lepas tu aku rehat lah sekejap. Tapi sekarang aku tak boleh nak balik masa berbuka, rehat pun 40 minit tak dan nak balik. Balik kerja saja baru bagi susu, ibu pun dah 2 hari tak jenguk dia. Ibu pun risau juga dia kat koridor tu. Tengahari tadi pun dia dah bising, nampak aku saja laju baby kucing tu keluar. Sekurang²nya aku ada teman, dia lah nyawa aku. Khafiz tanya esok aku tak kerja ke? Aku kerja lagi 2 minggu tak ada cuti. Raya pertama dan kedua saja cuti. Katanya, untunglah aku sebab dia kerja rasa macam tak payah cuti setanun sebab dah tau dah tak dapat cuti. Minggu ni nak kena clearkan barang yang customer order. 1 hari barang turun 5 ribu tak settle lagi, pening kepala. Bulan 5 aku cuti 10 hari tapi bukan direct la, ganti balik cuti yang bulan 4 masa raya. Bulan 4 cuti pun 5 ke 4 hari saja, lagi sibuk dengan sempena raya. Khafiz kata dia pun nak tidur dah, elok sangat aku pun nak uruskan baby lagi nak buat susu.
Ulasan