~Belanja Ibu Domino Pizza~

Pukul 8 pagi, Khafiz dah call aku. Rindulah tu. Jarang dia call aku pagi2. Tengahari, aku siap2 nak keluar belanja ibu makan dengan bajet RM 200 (duit aku dan duit Idin). Aku tanya ibu nak beli makan apa sempena birthday ibu? Ibu suruh aku beli Domino Pizza kat Lumut. Kata ibu, nak order pakai nama Idin. Dulu ada order Domino Pizza atas nama Idin. Kat Domino Pizza Lumut, aku order dengan buda cashier. Aku cakap order pakai nama adik aku, budak cashier tu kata tak boleh sebab tak ada dalam sistem ke apa entah. Akhirnya, aku call ibu bagitahu dan ibu pun nak bercakap sendiri dengan cashier tu. Lepas ibu orderkan pizza kat budak cashier tu, ibu tanya aku nak apa2 lagi ke? Aku cakap nak pizza yang terbaru. Itu sajalah aku nak pun. Sementara tunggu order aku siap sempat selfie dan post kat whatsapp sekali pm picture kat Khafiz. Siap order nak balik tu seksa pula, mana taknya kotak besar, terpaksa gantung kat handle motor, kotak kecik2 dan air letak dalam bonet. Sampai rumah aku hantar Pizza dulu lepas tu pergi KFC pula. Aku teringin nak beli KFC yang terbaru, saja nak rasa pakai duit lebih beli pizza. Banyak lagi baki RM 200 kot beli makanan saja. Aku ingat nak pergi beli seluar jeans tapi rasanya tak sempat pergi petang sajalah. Sampai rumah, aku kasi ibu duit balance belanja aku pun tak tau nak beli hadiah kat apa kat ibu. Biarlah ibu beli sendiri nak beli apa. Tahun depan baru fikir nak beli hadiah apa. Aku makan pizza 3 keping, garlic bread 2 keping dan KFC (Burger Box). Kenyang wei. Khafiz sempat record call katanya, aku makan banyak mana tak gemuk. Merajuk aku, suka hatilah perut aku. Petang pula hujan, esok lah nampak gayanya beli seluar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)