Layan Hindustan

Hari ni hari sabtu ada cerita hindustan. Aku tak pernah ketinggalan tengok cerita hindustan (tu pun kalau ceritanya best dan menyentuh hati). Aku tengok cerita hindustan kat TV2, tak sangka pelakon kegemaran aku ada pula hari ni. Cerita Partner, nak tau pelakon kegemaran aku tu?? siapa lagi Salman Khan lah. Best juga cerita Partner genre komedi/romantik. Lagu pun ada dua yang best bagi akulah. Tang lawak gila tu kat ketua gangster Bopha Don, dahla pendek ada hati nak jadi gengster. Tapi cerita bab Salman Khan ni, aku memang minat gila kat pelakon ni sejak aku sekolah menengah lagi. Fuh! meletop. Setiap kali kalau ada berita cerita tentang dia aku mesti baca. Walaupun dia ada macam-macam kontroversi itu tak bermakna aku sebagai peminat setia dah tak minat lagi. Dalam Facebook aku pun ada add dia sebagai fan dia. Aku teringin nak tengok dia kawin usia dah 40an pun tak kawin lagi. Aku nak tau siapa bakal isteri dia?? Macam mana rupe anak dia nanti?? Sekarang dia tengah hot dengan Katerina Kaif. Aku pun tak pasti sama ada bercinta dengan minah tu atau hanya sekadar kawan, tak tau mana satu betul. Filem Salman Khan ni ada beberapa buah filem sahaja aku tak tengok lagi, yang lain semua dah tengok. Dari awal filem dia sampai akhir, Veer aku tak tengokla. Aku pernah pasang angan-angan, suatu hari nanti aku teringin nak berjumpa dia di alam realiti betul-betul depan aku bukan dalam TV atau tengok dari jauh. Apa-apa pun aku nak ucap Good Luck For Him...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)