Tolong Ibu Bersihkan Kebun Sayur
Tengah hari, ibu pesan kat aku. Pukul 5 petang nanti tolang bersihkan tanaman sayur kat depan rumah. Sementara tunggu aku main game dan chatting kejap, tepat pukul 5 petang aku tengok ibu tidur lagi. Tak apalah lambat sedikit kot ibu pun penat tengah hari tadi baru balik dari kenduri jiran kat taman aku. Pukul 5.30 petang, ibu dah bangun dari tidur dan aku ajak bersihkan tanaman sayur. Sebelum nak pergi bersihkan tanaman sayur ibu suruh masak potato wedges dan hotdog pula buat makan petang ni pula
. Lepas sahaja makan-makan
dalam pukul 6 petang, barulah start project bersihkan kebun sayur. Lepas ambiL barang-barang untuk bersihkan, ibu start mencantas pokok-pokok kering yang menjalar kat pagar. Aku tolong masukkan pokok-pokok kering dalam tong sampah, tanah-tanah akar pokok pun sekali masuk dalam tong sampah. Geli pun ada pegang tanah yang lembik-lembik tapi nak buat macam mana kerja tetap kerja geli tak geli pegang juga. Habis tangan aku penuh pasir-pasir, seluar aku pun dah mula basah sebab siram air kat bekas-bekas pasir kat lantai. Aku alihkan pasu pokok ibu kat tempat lain dulu. Tu baru bersih bahagian dalam rumah, luar rumah lagila kat longkong rumah aku lagi. Ibu aku cantas pokok-pokok yang dah tak guna lepas tu dengan sampah sarap lagi. Entah siapa punya kerja tak ada kesedaran sivik langsung, ibu aku dah mula bising Bukan bising marah aku, bising kat jiran sebelah aku yang busuk hati. Sampai main lempar kat depan rumah kami, rumah sebelah yang ibu aku beli pun ada sampah juga ada payung tak guna dan bangku rosak. Ibu aku kata jiran sebelah aku ni kalau rumah kami kotor bising kemudian mengadu kat jabatan kesihatan. Rumah orang pun nak 'ngendap' nak tengok bersih ke tak umah sendiri tak nak tengok, walhal yang buat sampah dia juga duduk baling sampah kat kawasan rumah kami. Lagipun bersihkan bukan apa tak nak jadi pembiakan nyamuk, bilik aku pun dah ada nyamuk merayap
. Masa aku nak sembur dengan ubat nyamuk kat halaman rumah, penuh nyamuk duduk kat kawasan kebun sayur ibu. Apa lagi aku pun sembur kat nyamuk sepuas hati aku bagi mampus
. Dalam pukul 7.15 malam, baru habis kerja. Badan aku dah mula gatal sedikit dan tak selesa dengan basahnya. Sebelum mandi makan potato wedges yang aku masak tadi. Pukul 8 malam, baru aku mandi sebersih-bersihnya dari hujung rambut sampai hujung kaki
Ulasan