Syarat Ibu Dan Ayah Kalau Nak Kawin
Petang, tengah syok tengok cerita hindustan Krrish ada seseorang telefon ibu. Rupa-rupanya awek Andy, adik aku no 2. Wah! beraninya budak tu telefon ibu. Budak tu telefon bagitahu niat Andy nak kawin dengan dia. Lepas ibu telefon budak tu, aku cuba tanya.
Aku : "Sape bu??"
Ibu : "Awek Andy"
Aku : "Beraninyer dia call ibu. Ibu dah lama ke kenal budak tu??"
Ibu : "Budak tu dah lama call ibu masa birthday Andy hari tu. Dah banyak kali call ibu"
Aku : "Budak tu orang mana?"
Ibu : "Ipoh Simpang Pulai. Nama dia Anum. Budak ni lepasan Diploma amik jurusan Mechanical Engineering Pertanian. Dia kata Andy ajak kawin. Mak dia jual kerepek, dia bukan anak orang senang. Dia tak kerja lagi. Dia suruh ibu carikan kerja kat sini. Kalau ibu carikan dia kerja kat sini dia nak duduk mana?? Rumah kite pun bukan besar. Nak kawin pun Andy bukan ada duit. Budak tu pun tak kerja lagi."
Aku : "Alaaa...apa salahnya bu. Tunanglah dulu. Kawin kemudian dah cukup duit baru kawin"
Ibu : "Eh! tak ada, tak ada. Ibu tak nak. Ibu suruh dia kerja dulu cari duit, tolang mak bapa dulu. Dah kerja, dah ada duit sendiri baru boleh fikir nak kawin."
Aku : "Bukan apa takut benda-benda tak elok jadi, baik tunang dulu. Nak elak dari maksiat"
Ibu : "Ah! tak ada...Andy tak penah jumpa budak tu."
Aku : "Kalau tak pernah jumpe tak apalah..."
Ibu : "Andy nak ayah tanggung dia kawin. Banyak cantik nak kawin guna duit sendiri. Budak tu kata masa Andy kerja kat Kuala Lumpur. Dia kata ada masalah keluargalah, dia anak terbuanglah, pergi Kuala Lumpur sehelai sepinggang. Ayah bagi duit RM1000 sehelai sepinggang lagi...
Aku : Laaa...boleh menipu pula. Macam alongla dulu bu, dulu ex-boyfriend along pernah cadang nak jumpa ibu dan ayah nak bincang pasal bertunang dengan alongla tapi along dah cakap dah tunggu orang habis belajar dulu dan dah kkerja ada duit tunang dan kawin. Lepas tu dia kata ala tunang sahaja dulu, nak study-studyla kerja lepas tu kawin.
Ibu : Emmmm...tak payah.
Aku : Lepas tu dah dia tak boleh tunggu, tu putus. Sekarang dia dah kawin dh. Itu pun mak dia yang carikan dia perempuan.
Ibu : Itu nampak sangat dia tak jujur dengan kau
Aku : Masalahnyer, atok, mak dan ayah dia nak dia kawin cepat...
Ibu : "Korang muda lagi, cari duit dulu. Kalau nak kawin tunggu ibu pencen"
Aku : "Bape tahun lagi ibu nak pencen"
Ibu : " 3 tahun"
Aku : "Lama tu...umur pun makin meningkat dah ni. Mana la tau dah tak tahan sangat nak kawin"
Ibu : Ermmmm....
Begitulah jawapan tegas dari ibu aku. Ayah aku pula macam mana?? Pukul 5 petang, ayah balik kerja, ayah ajak makan kuew tiaw. Sambil-sambil tunggu makanan sampai aku ceritala pasal awek andy tadi. Kata ayah...
Ayah : "Dia (Andy) ada duit ke nak kahwin??"
Aku : "Ntah. Ibu kata dia tak ada duit. Duit tak cukup. Ibu kata budak tu amik jurusan sama dengan along tapi dia bahagian pertanian."
Ayah : "Orang suruh dulu belajar pandai-pandai tak nak."
Aku : "Kenapa sebab Andy kerja repair kereta budak tu ada lulusan diploma ke??"
Ayah : Ha...
Jadi kesimpulan yang boleh aku simpulkan. Bila fikir-fikir balik ada betul juga cakap ibu aku. Kalau kita nak kawin duit tak ada, kerja belum lagi macam mana nak dirikan rumahtangga. Takkan nak kawin harapkan ibubapa tanggung kita, kita yang nak kawin bukan mak bapak kita nak kawin, betul tak?? Lebih-lebih lagi ibu aku menitikberatkan hal agama juga. Cukup duit, cukup ilmu agama dalam dada, ada kerja tetap boleh kawin. Mak aku ada pesan kat budak tu jangan tinggal solat. Tapi tula sampai bila kita nak harapkan ibubapa kita tanggung kita?? nak kahwin bukan senang. Kita nak kawin kalau boleh sampai ke akhir hayat. Lagi satu, kalau kita berpelajaran tinggi ada kerjaya bagus, hidup senang. Kalau boleh biarlah pasangan kita setaraf dengan kelayakan kita, tapi kalau dah jodoh takkan kita nak halang redha sahaja dengan pilihan yang dah Allah SWT tetapkan untuk hamba-hambaNya. Dan yang paling penting, setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka...Sekian.
Ulasan