Kutukan Dari Adik Aku

Pukul 9.50 malam, sedang aku kusyuk layan game. Tiba-tiba ada orang marah tak tentu pasal, aku pun tak tahu apa yang dah merasuk dalam diri dia. Membebel macam mak nenek, aku nak layan game pun tak senang. Sangat rasa terganggu! Dahla aku sakit kaki, kaki aku makin membengkak. Dia balik dari kerja kot, tiba-tiba naik hantu macam k***k!. Aku rasa dia tengah kutuk aku tapi aku buat tak tahu dan sabarkan diri. Nabi kata sabar itu separuh dari iman. Jadi aku pun bersabarla sebab dah lali dengan benda ni semua. Lagipun Allah SWT maha adil, biarlah orang nak kutuk aku sekali pun yang penting aku dapat menyabarkan diri. Aku anggap ini semua dugaan dan cabaran dari Allah SWT untuk aku lebih kuat dalam hidup. Aku pun tak tahu kenapa aku dipersalahkan walhal diri sendiri ada buat salah juga. Perlu ke tengok kesalahan orang lain sebelum menuding jari pada orang. Tak kan dapat apa-apa pun kalau kutuk orang belakang-belakang, tak dapat pahala pun. Kalau dapat pahala nak jugak join. Kenapa tidak?? Kan?? Tak apalah biarlah orang mengutuk kita cakap bukan-bukan pasal kita, yang penting kita tak kacau dia. Dan Insyallah Allah SWT pasti akan membalas setiap perbuatan buruk seseorang. Anggap sahaja ni juga boleh mematangkan kita. Bagi aku kutuk-kutuk orang dan cakap bukan-bukan adalah orang yang bercakap tidak menggunakan akal fikiran yang waras. Kalau ada masalah sebaik-baiknya bawa berbincang bukan balik terus kutuk-kutuk, kondem orang tak tentu pasal. Nama pun 1 keluarga, matangla sedikit. Kau sekarang dah 24 tahun, jadi fikirkan. Aku tak peduli apa kau cakap pasal aku. Bak kata orang ada aku kisah?? Aku pun bukan dengar sangat bebelan dia sebab aku pakai earfhone dengar lagu, jadi tenggelamla suara dia. Dengar tak dengar sahaja. Macam orang tak betul pun ada, nak kata gila sihat lagi. Tak perlu cari kesalahan diri sendiri pun banyak yang buat salah. Aku tak bangga sangat aku belajar tinggi. Aku pun tak tahu bilala dia nak berubah. Dari dulu sampai sekarang tak berubah dari atas sampai bawah. Complete. Semalam kot maki aku tulis pakai kertas lagi zaman sekarang pakai email sahaja kalau tak puas hati. Bajet bagus sangat!! Yang aku dengar dia cakap menyusahkan mak bapa, orang dah biasa duduk senang macam tulah, belajar tinggi-tinggi pun bengap juga, dahla tak keje, asyik mengadap laptop macam orang bodoh, makan kat luar lagi bagus. Dia tak sedar yang motor dia ayah yang belikan, lappy kesayangan aku pun dia pakai ingat aku tak tau!! Dah pandai main YM, aku balik dari jalan jauh sahaja tengok dalam lappy aku dah lain. Kalau dia tak nak mengaku Allah SWT nampak apa nak risau, jawapla kat SANA. Motor aku pun kongsi duit dengan ayah, mampu juga bukan sepenuhnya guna duit ayah. Menghabiskan duit mak bapak? habis barang yang aku guna duit mak bapa ada orang pakai?? siapa?? Kalau bukan dia!. Kalau betul dia mengaku tak buat BUKTIkan! Allah SWT maha melihat maha adil. Hari tu kantoi keluar dengan betina mana entah. Bawa anak dara orang pula tu naik motor yang ayah belikan. Orang lain pun kapel juga tak ada pula usung anak dara orang ke sana ke mari. Tak tau ke keluar berdua dengan bukan muhrim haram dalam islam?? betina tu pakai tudung tapi macam b**s*a sahaja aku tengok, ibu pun marah hari tu tapi ibu diamkan sahaja. Mana taknya nanti dia kurang ajar balik dengan ibu. Penat ibu mengandungkan dia 9 bulan tup tup belakang ibu buat taik. Kau ingat di akhirat nanti Allah tak tanya ke?? Isk isk kesian dahla ego tinggi, kurang didikan agama pula dahla tak solat ada hati nak ada awek. Nak kahwin pun minta nak guna duit ayah. Hai! dah kerja takkan tak ada duit nak belanja kahwin?? Kau nak, kau keluarkan duit sendiri apasal pula nak suruh ayah keluarkan duit belanja kawin kau?? Hari tu kes lari dari Kuala Lumpur, bongok tak tahan dengan boss tak suka kerja jauh-jauh konon. Kasut boot yang ayah belikan (agak mahallah juga kasut tu) dia pergi jualnya dekat kawan. Lagi sengal, nampak sangat tak hargai pemberian ayah. Banyaklah perangai buruk gila dia tapi ada aku kisah?? Dia??? Sibuk jaga tepi kain aku. Sengal badak punya budak! Dahla tulisan tak lawa ayat lintang pukang. Cantik lagi tulisan aku dan idin. Belajar taraf sijil pun bodoh juga kau cakap aku bodoh esok Allah bagi kau jadi bodoh, padan muka! Lepas tu kau nak makan luar ada aku kisah, duit kau lantak kaulah. Balik kerja melantak sahaja tau, aku dulu kerja tak makan pun tak apa. Ibu pun bising, bile ibu masak tak makan pula. Bila ibu tak masak macam tula macam b*b* kelaparan lepas tu mengamuk macam b*b* gila. Sudahla begitu perangainya, PEMALAS lagi! sumpah! memang dia pemalas gila. Jarang tolong ibu dan ayah kat rumah, asyik keluar sahaja kerja ke tak kerja ke sama sahaja. Bila dah makan pinggan mangkuk dalam singki malas nak basuh nak harapkan 'orang gaji' basuh pula, kadang-kadang mangkuk dan cawan tinggal atas meja pun nk harapkan 'waitress' yang angkatkan. Baju sendiri malas basuh eh segala-galanya malas! tak bising pun. Pula tu mementingkan kawan, awek dari keluarga sendiri. Dengan awek sendiri buat cerita bohong kata dia anak terbuanglah, mak bapa tak ambil kisah pasal dialah. Bodoh wei! Yang ayah bagi kau duit belanja beribu-ribu kau kata lagi anak terbuang?? sekarang ni siapa yang menyusahkan mak bapa?? Sedar dirilah wei jangan aku disuruh sedar diri kau pun sama. Memang malang gilala awek dia dapat dia serius aku cakap. Kalau setakat kerja, taraf sampai sijil sahaja kalau dah begini perangai tak payah nak tengok orang lain punya perangai kau cermin diri sendiri tu lebih baik. Awek kau yang berkelulusan diploma macam aku juga pun tak kerja-kerja, muka tak malu lagi minta tolong ibu carikan kerja untuk dia kat kawasan Lumut, Manjung. Banyak cekadak kau! ibu penah mengadu kat aku, dia dapat gaji sesen pun tak pernah bagi ibu duit belanja. Sepatutnyala sebagai anak lelaki (yang dah berkerja) tanggungjawab balas jasa pada ibu bapa tu WAJIB tak kira dalam bentuk apa jua sekali pun! Lepas tu kalau pinjam tak pernah berterima kasih apatah lagi amibil barang tak minta izin. Dengan ayah aku jangan mimpila dia nak tegur, cakap dengan orang tua macam kurang ajar. Kalau kita, Amboi! kau menjeling pula ya! Sebab tu ayah tak suka perangai dia, belajar malas. Aku malaslah nak ungkit-ungkit sebenarnya tapi kalau perangai dia macam ni Allah sahajalah yang tahu. Aku ni dahla kakak dia, tak hormat lagi. Aku dah lama bersabar dengan perangai dia. Aku pun tak tahula sampai bila harus aku bersabar dengan dia, dia tak ada dalam rumah dah bersyukur gila dah. Dia bukan tak pernah naik tangan, naik kaki kat badan aku. Pernah. Aku berharap semoga Allah SWT lapangkan dadanya, berikan dia kelembutan hati agar hubungan kami adik beradik baik masa kami kecil-kecil dulu. Dulu aku tak pernah minta macam ni, aku makin benci adik aku no 2 ni. Sampai satu tahap aku sanggup tak mengaku dia adik aku. Tapi sekarang aku sedar untuk apa aku buat semua tu kalau itu tak memberi kebaikan buat aku. Dah besar ni jarang gila kami bertegur sapa, kalau tegur pun macam tadilah cari pasal. Tak kan sampai kami ada anak, cucu cicit pun masih nak bermasam muka. Jadi akhir kata dari aku, siapa yang membaca catatan ni tolong ambil pengajaran dan iktibar. Kalau kamu ada masalah dengan adik-beradik tolongla selesaikan dengan cara baik. Sayangilah adik-beradik kamu, aku percaya air yang di cincang takkan putus...sekian...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)