Pergi kampung Koh
Pada Pukul 9 pagi, aku terbangun sebab ayah masuk bilik aku. Aik! tak pergi kerja ke ayah ni??. Ayah tanya aku nak ikut pergi Kuala Lumpur tak?? Aku pun bangunla bersiap mandi. Aku hairan juga pergi Kuala Lumpur aku dengan ayah sahaja ke?? Iwan tak bawa?? Selalu ayah ajak iwan. Pula tu minit-minit akhir ajak pergi Kuala Lumpur, memang kelam kabutla aku. Bila aku nak letak suratkhabar kat bawah aku tanya ayah berapa hari nak pergi Kuala Lumpur?? Ayah kata "Kuala Lumpur??" Eh pergi Kuala Lumpur minggu depan??
. Aik! aku dah pening
. Habis tu nak pergi mana ni?? Ayah kata nak pergi Kampung Koh. Laa..tadi cakap nak pergi Kuala Lumpur. Beria aku tadi, siap iron tudung lagi. Ayah aku suka cakap tak betulla. Adusss malu gila aku!
patutla aku rasa lain macam sahaja. Mula-mula tu aku ingat tak nak ikut. Ikut sahajalah nanti bosan pula duduk rumah. Kebetulan ayah nak ajak aku pergi tukar minyak hitam aku dah lama tak tukar. Tudung aku pula buat hal pula. Getah rambut aku rasa dah nak tertanggal. Ikatan rambut pula nak terbuka. Sebab aku naik motor nak keluar pakai helmet lagi tu pasal jadi macam tu. Menyesal tak pakai anak tudung. Aku jadi tak selesa, asyik betulkan sahaja. Sebab tu aku malas pakai tudung naik motor. Lepas tukar minyak hitam baru pergi Kampung Koh setel gran motor ayah. Lepas tu, pergi pasar tani pula. Ayah belikan aku kemeja baru untuk aku
. Oh! ya hari ini kebetulan aku ganti puasa. Jadi aku tengok sahajalah orang menjual kat pasar tani. Lepas tu ayah ajak pergi Billion pula. Masa kat Billion aku pakai tudung pun naik rimas. Tudung aku makin tak betul. Rambut aku pun dah terbarai sedikit. Ikutkan hati nak sahaja aku buka tudung, lega sedikit. Tapi risau pula nanti ayah bising. Masa kat Billion Adala juga barang makanan aku beli untuk berbuka nanti. Berbuka nanti aku makan roti sahaja dengan air Twister. Aku cakap dengan ayah nak balik terus, kebetulan ayah memang nak balik terus sebab nak hantar barang-barang shopping lagi. Selamat. Memang letih gila panas pun panas. Dahla ganti puasa. Nak tak nak kena kuatkan semangat teruskan berpuasa.
Ulasan