Poyo Sahaja Mamat Ni
Adalah hamba allah ni dari negeri belah timur. Aku chatting dengan dia, aku bahasakanlah "I" "You" kat dia. Tiba-tiba dia kondem aku pasal cakap english dengan dia (walhal bahasa kan i dan you sahaja). Katanya dia lebih suka aku gunakan bahasa "Saya" "Awak" nampak manis. Dia tak suka aku cakap melayu campur-campur cakap english. Dia benci bahasa penjajah dan sebab tu dia gagal Bahasa Inggeris masa sekolah (tak taula dia sengaja gagalkan atau dia sendiri memang lemah dalam matapelajaran tu), tak penah cakap dalam bahasa penjajah, tak suka melayu terikut-ikut budaya kafirlah apalah. Aku pun apa lagi proteslah balik. Tak salah rasanya cakap english, tapi jangan sampai bahasa kebangsaan di lupakan. Bagi aku dua-dua bahasa tu penting. Lagipun kalau kita belajar atau berkerja perlu bercakap dalam bahasa Inggeris juga. Sekarang ni kerja nak kena pandai english, contohla di buatnya kite jumpa pelanggan warga asing ke berkerja dengan warga asing ke. Belajar pula dalam bahasa inggeris. Tak kan kite nak cakap melayu dengan orang putih, negro betul tak? Melainkan dia orang paham bahasa kita. Sudahla begitu pemikiran mamat tu, aku pula kena marah dan dituduh macam-macam. Tu satu, yang keduanya cakap tak suka bahasa penjajah memartabatkn bahasa kebangsaanlah konon walhal dia tu perosak bahasa kebangsaan guna ayat nak short form lepas tu singkat-singkat pula. Bila aku tegur tang tu tau pula bagi alasan dia short form sebab nak cepat dan mudah. Ai kata nak memartabatkan bahasa kebangsaan apa hal pula nk rosakkan bahasa ni bhai?? Yang ketiga pula, bangga diri pernah pergi Indonesia, Filipina dan Lubnan katanya pergi sana tak pernah cakap english...dia orang paham ke tak ke apa dia tak kisah janji kerja dia jalan. Tak boleh blah!. Lama-lama aku jadi menyampah pula dengan mamat ni. Sebelum tu, aku tipu dia aku asal sama negeri dia tapi kerja kat belah utara. Dia tanyala kenapa cakap tak macam loghat timur??Jadi aku jawapla wajib ke nak cakap loghat negeri sendiri?? Tak salahkan cakap biasa sahaja?? Lepas tu dia kata, memang wajib kalau negeri asal cakap loghat negeri sendiri. Kemudian dari situ dia kondem aku habis-habis
Ulasan