Aktiviti Di Hujung Minggu
Pagi-pagi macam biasa aku ikut ibu makan kat kedai makan Gulai Kawah Che Na. Sebelum tu, hantar cili kat rumah Cikgu Ana yang mengajar aku mengaji masa kecil dulu. Lepas makan, pergi basuh kain pula kat tempat biasa ibu pergi. Terjumpa pula kawan ibu yang duduk 1 taman. Ikutkan hari ni taman aku tak ada elektrik. Selesai basuh baju, ibu ajak jalan-jalan kejap kat Lumut yang ada jualan masa Merdeka hari tu. Kata ibu ada seluar jenis bercorak sesuai untuk buat tidur. Hari Jumaat aku ada tengok tapi tak pergi sampai ke dalam. Agak dalam pukul 1 tengahari baru balik, sampai-sampai dah kepanasan tak ada elektrik. Sementara tu aku baca novel kejap "The Guilty Are Afraid by James Hadley Chase". Boleh tahanlah cerita dia, thriller genre. Mengisahkan Lew Brandon dari agensi detektif mencari pembunuh rakan sejawatnya, Sheppy. Dia dibunuh di pantai maka bermula penyiasatan peribadinya. Bila baca mata mengantuk pula huhuhuhu. Pukul 3 petang, baru ada elektrik lega sikit aku. Terus pergi bilik tidur kejap. Pukul 5.30 petang, ibu telefon ajak pergi kebun cili. Mengantuk gila, tu pun gagahkan diri. Sampai kat kebun, pekerja ibu belum habis petik lagi terpaksa kami tunggu. Ibu kata ibu sewa 2 lot untuk tanam cili bulan 10 nanti tak salah aku. Ibu nak kemas tempat tu dah bersemak samun dah, silap-silap ular pun ada. Tikus dah ada dah. Ibu nak aku tolong dia nanti. Aku tunggu bengkel tutup tengah bulan 9 ni, minta-minta jadi tutup. Baik tolong ibu atau buat kerja menjahit crosstitch. Sementara aku cari kerja lain. Lepas siap ambil cili yang sebanyak 2 kg, pergi makan pula. Aku ajak ibu makan kat belakang Aeon, Ibu bawa makan kat Restoran Pok Ya Nasi Kukus. Masa nak order makanan goreng-goreng tak ada lagi katanya, kami order nasi kukus ayam berempah. Itu pun pelayan jenis tak mesra alam, lepas tu nasi kukusnya sama yang kat tepi jalan pula. Sedap lagi nasi kukus kat depan Public Bank tu. Surrender aku makan kat situ lagi. Tengah kami syok makan, ada seorang budak lelaki seorang diri dengan muka dan pakaian comot. Ibu minta budak pelayan dia tanya nak makan tak? Kalau nak makan, bagi. Aku tengok pun kesian manalah mak ayah dia. Lepas habis makan, kami pergi kat budak lelaki tu ibu tanya duduk mana katanya duduk Manjung, maknya kat rumah dan tak tahu dia ke sini. Ayahnya keje kat pasir panjang ibu ingatkan budak tu lari dari rumah. Kami tinggalkan budak lelaki tu dan balik. Sebelum balik, nampak anak kucing kurus kering sempat bagi makanan kucing yang kebetulan ada dalam kereta ibu. Berbuat baik sesama makhluk Allah SWT hari ni. Lepas tu baru balik rumah.
Ulasan