Puasa Arafah

Hari ni pula, atok, ibu dan aku berpuasa arafah. Ikutkan aku tak nak puasa sebab belum doa lagi tapi kata ibu kalau niat sekarang pun boleh. Adoi terpaksalah berpuasa juga sebab makanan tak ada siapa nak masak. Danish, Daniel dan Darwish kalau nak makan, makan roti atau apa sahaja yang ada di dapur. Cik Nab sekeluarga esok baru datang. Masuk tengahari, ibu suruh aku pergi kedai Faiza beli ais batu untuk minuman berbuka nanti. Kat kedai Faiza, aku minta ais batu RM 1. Mula-mula minta RM 2, macam banyak sangatlah pula. Ais pun baru nak di pecah-pecahkan baru sampai agaknya. Aku pun tak tau nak beli apa kat kedai ni selain ais batu, akhirnya beli air tin Nescafe Mocha dan biskut keju untuk buat pengalas perut. Mak cik kaunter tanya aku, "Awak duduk mana? Tak pernah nampak pun?" "Saya bukan duduk sini, saya ni cucu Atok Jah anak Awa." "Ooo...bila sampai sini?" "Semalam." Lepas selesai bayar, dalam perjalanan balik sempat minum air nescafe mocha tadi. Malaslah nak puasa hari ni, aku tak niat apa pun baca doa pun tak. Sampai rumah, dah letak ais batu dalam peti ais bagai aku pergi bilik atas sambung baca novel terasa bosan pula hari ni. Baca novel sambil makan biskut keju. Petang, aku tolong ibu dan atok masak kat dapur. Mak Su Lin 2 kali balik dari kerja waktu rehat agaknya. Setengah jam nak berbuka aku buat air mangga kordial. Entah macam mana terkantoi, aku pergi terasa air mangga tu pula depan ibu pula tu. Adoii malu gila aku, gelak ibu aku. Atok kata tak apa dan suh aku kumur-kumur. Aku pun kumur dan ludah dalam singki. Tiba waktu berbuka, kami makan lauk yang di masak. Masakan pun simple saja 3 jenis. Lepas makan macam biasa aku mandi, solat maghrib, layan astro dan melayan adik Darwish.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)